![]() |
Mokhzani, Mirzan dan Mukhriz |
Oleh kerana dia konpius, saya taip perlahan-perlahan dengan cara paling ringkas supaya dia faham:
1. Riza ada projek filem.
2. Keluarga kerabat Abu Dhabi berminat dan janji kepada Riza untuk labur projek filem dia.Yang berjanji masa itu termasuk putera mahkota Abu Dhabi serta Timbalan Perdana Menteri UAE yang juga merupakan adik kepada Presiden UAE yang juga pemilik kelab Manchester City.
3. Mereka pun arahkan CEO syarikat Aabar untuk melabur dalam projek filem Riza. Ada perjanjian pelaburan dan sebagainya. Mahkamah dan jabatan pendakwa raya pun ada.
4. Filem-filem Riza agak berjaya. Filem pertama Wolf of Wall Street (2013) jana penjualan tiket US$392 juta (RM1.7 bilion) berbanding kos US$100 juta (RM430 juta). Filem Dumb and Dumber To (2014) jana penjualan tiket US$169.8 juta (RM730 juta) dengan kos pengeluaran US$50 juta (RM215 juta). Filem Daddy's Home (2015) jana penjualan tiket US$242.8 juta (RM1.04 bilion) dengan kos US$69 juta (RM297 juta).
Loading...
5. Ini bukan bail-out Petronas untuk syarikat milik anak sulung tertentu ataupun Vincent Tan jual kumpulan hospital Pantai kepada anak kedua tertentu yang berumur 35 tahun masa itu.
Ini juga bukan konsesi-konsesi FOMEMA atau kontrak membekal semua hospital kerajaan yang diberi kepada kumpulan Pantai selepas anak tertentu membelinya.
Ini juga bukan melantik syarikat Petron sebagai syarikat rasmi untuk membekal minyak kepada kerajaan sebaik sahaja PH menang PRU14.
Dan ini juga bukan syarikat Opcom Bhd milik anak bongsu tertentu yang terlibat dalam projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6b yang diwujudkan, diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan PH dalam tempoh kurang setahun sehingga harga saham Opcom melonjak naik 50%.
(Ketiga-tiga anak pun ada)
"31 Ogos 2019: Opcom and OCK on investors’ radar following broadband plan". Rujuk di sini.
Paling pelik ialah projek-projek lain masa PH slow-slow tapi projek mega RM21.6b jalan begitu pantas sekali. Pelik, tak?
6. Selepas filem agak berjaya, Riza mula membayar balik keuntungan dan pelaburan asal kepada pihak Abu Dhabi.
Loading...
7. Perkara ini juga terdedah dalam rakaman audio perbualan telefon saya dengan putera mahkota Abu Dhabi yang didedahkan oleh Latheefa Koya pada masa PH.
Najib: Dia telah membayar balik sejumlah, dia terus membayar balik, supaya anda lihat ia akan muncul sebagai perjanjian pinjaman sah. Kerana apabila dia menerimanya, bank-bank membersihkan sumber wang itu jadi dia tidak tahu dari mana asalnya.
Oleh itu, saya tidak mahu dia menjadi mangsa apabila dia benar-benar tidak menyedari tentang sumber wang itu. Dia benar-benar percaya bahawa ia daripada Aabar dan di bawah arahan Sheikh Mansour.
Ya, betul, kerana dia benar-benar tidak bersalah. Apa yang dia mahukan ialah membuat filem, dan terdapat tawaran pinjaman daripada Sheikh Mansour dan pihak anda daripada Aabar, dan anda juga pernah menyebutnya.
Ingat? Ketika kita makan tengah hari di restoran (bercakap) tentang membantunya jadi dia fikir semuanya baik-baik saja. Sekarang, mereka cuba mengaitkannya dengan wang 1MDB, yang benar-benar ... ia mengejutkannya.
Mohammed: Tuan perdana menteri, Insya-Allah.
"9 Jan 2020: Transkrip penuh panggilan Najib lepas DOJ fail saman 2016". Rujuk di sini.
(Terima kasih Latheefa dan kerajaan PH kerana sudi mengeluarkan bukti rakaman audio untuk bantu saya dan Riza bersihkan nama kita)
Loading...
8. Oleh kerana Aabar ada perniagaan dengan 1MDB maka tertimbul masalah bahawa sebahagian dana yang dihantar oleh Aabar kepada Riza berasal dari 1MDB.
1MDB tak pernah hantar apa-apa dana terus kepada Riza. Bagaimana pula Riza yang rompak pulak?
9. Di bawah undang-undang, dana asal yang bermasalah termasuk keuntungan yang dijana dari dana yang bermasalah juga dianggap sebagai dana haram.
Sebab itu, Riza menyelesaikan kes-kes di USA dan di Malaysia dengan cara membayar balik dana asal dan sebahagian keuntungan yang diperolehi.
10. Kesemua transaksi, akaun bank, penggunaan dana, keuntungan yang dijana dari dana, perjanjian dan saksi-saksi adalah di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat. Nak bicara di Malaysia pun susah.
Pun begitu, DOJ Amerika Syarikat juga tak pernah mendakwa Riza atas kes jenayah. Cuma saman sivil yang sudahpun diselesaikan di sana tahun lepas.
Tapi yang pelik ialah walaupun satu butir transaksi-transaksi Riza pun tak berlaku di Malaysia, didakwa dengan kes jenayah di Malaysia pulak. Tapi USA tak ada.
Loading...
11. Ianya pendakwa raya Gopal Sri Ram yang dilantik PH dan Tommy Thomas yang dilantik PH yang mulakan proses penyelesaian dengan Riza.
12. Riza dituduh caj pengubahan wang haram (AMLA). Dia tak didakwa pecah amanah atau salahguna kuasa atau rompak. Caj ini tak beza dengan caj AMLA ke atas Jakel Trading atau Naza atau Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Jakel, Nza dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia pun rompak ke?
13. Perbicaraan kes Riza tak pernah berjalan satu hari pun sejak Riza didakwa hampir setahun dahulu. Pada 31 Januari 2020 masa PH, ianya pihak pendakwa raya yang menangguhkan kes Riza kepada 25 Februari 2020.
"Kami juga memohon untuk mendapatkan tarikh lain bagi menyemak dan mempertimbangkan representasi (tawaran perjanjian penyelesaian) berkenaan."
Norzilati berkata, pada 25 Februari ini juga mahkamah turut menetapkan tarikh perbicaraan bagi kes terbabit.
"31 Jan 2020: Mahkamah tetapkan 25 Februari ketahui status representasi Riza Aziz". Rujuk di sini.
Loading...
14. Pihak SPRM pun tak keluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka terkejut kerana kes Riza Aziz (yang tidak pernah masuk hari pertama perbicaraan) diselesaikan seperti mereka terkejut apabila kes Guan Eng rasuah digugurkan masa PH walaupun puluhan saksi dah dipanggil dan perbicaraan sudah berjalan hampir sebulan.
Malah, pihak SPRM tiada masalah dengan penyelesaian kes Riza dan masih tegas ianya keputusan Tommy Thomas.
13. Jika "dia" masih tak faham, boleh panggil Gopal Sri Ram atau Tommy Thomas untuk jelaskan padanya.
14. Harap dengan penjelasan cara mudah ini, "dia" akan faham dan kurang konpius.
– Najib Razak
Join our Telegram Channel