Tolonglah kesihankanlah saya – Muzaffar Jakel



Bagaikan mengambil giliran. Jika sebelum ini abang, kini giliran si adik, Muzaffar Jakel memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terguris dengan kenyataannya di instagram baru-baru ini.

Permohanan maaf itu dirakamkan selepas beliau dikecam netizen gara-gara hantaran beliau di instagram terhadap reaksi orang ramai yang mempertikaikan pembukaan gedung tekstil itu hari ini.

Melalui video tersebut Muzaffar telah menjelaskan segala apa yang terjadi dari 1 may 2020 sehingga ke hari ini.


Loading...

Beliau memberi alasan sebelum membuat hantaran di instagram, beliau telah menerima banyak makian dan kecaman akibat dari pemberitahuan untuk membuka gedung Jakel pada hari ini.

Perkara itu menjadikan beliau agak beremosi dan telah membuat satu hantaran yang tidak sepatutnya tanpa berfikir panjang di instagram miliknya.

Muzaffar juga menegaskan selain dari itu, beliau tidak membuat sebarang hantaran lain termasuklah komen-komen yang menggunakan nama beliau.


Loading...

“Itu bukan akaun saya, itu fake akaun,” dakwa Muzaffar.

Beliau juga menafikan sebarang hubungan dengan satu akaun yang menggunakan nama Nor Lizah yang telah membuat komen-komen menghina bangsa Melayu.

Menurutnya keluarga dan rangkaian Jakel tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan individu tersebut.



“Tolonglah kesihankanlah saya, kasihankanlah keluarga saya, kasihankanlah ibu saya, mereka tak bersalah.



“Tolong jangan hina arwah ayah saya. Dia sudah tidak ada. Ibu saya sedih apabila tahu ayah saya dihina,” sambung Muzaffar lagi.

Dari cara penyampaian Muzaffar jelas terpancar keikhlasan di wajahnya dan dari raut mukanya menampakkan beliau benar-benar telah insaf dari keterlanjuran perbuatannya menghina Melayu.

Namun mengikut pemerhatian sebilangan besar netizen seolah-olah masih belum dapat memaafkan Muzaffar dan Jakel.

Anda pula bagaimana? Bolehkah anda memaafkan Muzaffar dan Jakel di bulan Ramadan yang mulia ini? – Cinca


Join our Telegram Channel
Telegram