Adakah ini cara DAP-Amanah balas persahabatan Anwar selama 20 tahun? – Farhash



PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menepis spekulasi Pakatan Harapan sudah mencapai kata sepakat berhubung calon perdana menteri gabungan itu.

Katanya, tidak adil memaksa Anwar Ibrahim menerima Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri kerana presiden PKR itu ialah calon terbaik untuk menerajui negara.

Beliau berkata, tindakan Mahathir dalam isu peralihan kuasa ialah punca berlaku ketidaktentuan ketika PH menjadi kerajaan persekutuan.

Katanya, krisis politik yang berlaku pada Februari lalu sebahagiannya disebabkan tindakan Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri tanpa berbincang dengan rakan PH dan yakin ahli Parlimen Umno serta PAS menyokongnya.

Loading...

“Malaysia perlukan permulaan baru, kerajaan bersih yang fokus untuk ekonomi yang lebih adil dan saksama untuk semua rakyat. Calon terbaik adalah Anwar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

FMT sebelum ini melaporkan PH sedia mengembalikan Mahathir sebagai calon perdana menteri, tetapi kali ini dengan Anwar sebagai timbalannya, walaupun kedua-dua pemimpin itu bergelut menunjukkan mereka mempunyai majoriti sokongan ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

PH dikatakan bersetuju Mahathir akan berkhidmat “sehingga akhir tahun”, dengan satu perjanjian “hitam putih” ditandatangani untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Terdahulu, Anwar dilaporkan memohon maaf kerana PH menangguhkan pengumuman calon perdana menteri gabungan itu dan pimpinan lain sekiranya ia kembali menjadi kerajaan.

Loading...

Katanya, parti dalam PH seperti PKR, Amanah dan DAP sudah membuat keputusan berhubung isu calon perdana menteri, tetapi pihaknya mahu merujuk rakan gabungan itu seperti Warisan dan kumpulan pro-Mahathir dalam PPBM.

Sementara itu, pembantu Anwar yang juga ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menggesa DAP dan Amanah menyuarakan pendirian serta sokongan kepada Anwar sebagai calon perdana menteri.

“Tindakan dan kenyataan DAP serta Amanah tidak berdiri teguh di belakang Anwar mengecewakan dan tidak wajar.

“Adakah ini cara anda membalas Anwar untuk persahabatan yang dibina selama 20 tahun?” soalnya.

Beliau berkata, Anwar berdepan pelbagai cabaran dan sering dilabelkan terlalu liberal serta tidak mesra masyarakat Melayu disebabkan kesetiaannya kepada DAP. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram