Pengarah urusan rangkaian televisyen Media Prima, Firdaus Abdullah, dijangka akan meninggalkan kumpulan terbabit dalam masa terdekat setelah diminta oleh pihak pengurusan konglomerat media terbabit.
Firdaus merupakan wartawan veteran dan blogger yang rapat dengan Tun Dr Mahathir telah dilantik ke jawatan tersebut beberapa hari sebelum perubahan pucuk pimpinan negara Mac lalu.
Sejak kebelakangan ini Firdaus dikritik oleh beberapa fraksi dalam Bersatu, Pas dan UMNO kerana dilihat memberi “airtime” yang banyak kepada kumpulan Dr Mahathir dan Shafie Apdal.
Loading...
Sememangnya banyak pihak menduga kedudukan firdaus tidak lama berikutan perubahan pucuk pimpinan negara dan konflik antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Tun Dr Mahathir Mohamad semakin memuncak.
Bagaimanapun sumber memberitahu Suara.TV bahawa pemberhentian beliau adalah akibat ciapan twitter yang telah melampaui batas profesional sebagai pengamal media massa.
Ia bermula dengan ciapan Twiiter oleh Pengerusi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Suhaimi Sulaiman, yang memberi gambaran seolah-olah media di Malaysia sudah tidak bebas.
Ini kemudiannya disambut oleh Firdaus Abdullah (@firdyfire) yang menulis “Precisely! Take note YOU nincompoop ‘Head of Communications’. Not everyone is a fat lump of waste like you. Simpan sikit kebodohan tu. People are intelligent and Malays are not stupid like you think. Continue screaming like a witch.”
Loading...
Ciapan Firdaus ini dilihat ramai sebagai serangan tidak profesional ke atas Pengarah Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Dato Ainon Mohd.
Walaupun ia tidak menjadi viral namun ciapan Firdaus dua hari kemudiannya menunjukkan beliau berterusan mencari sengketa dengan Pejabat Perdana Menteri.
Dalam mempertahankan dirinya, Firdaus menulis “If your first name, or last, is not nincompoop but U get offended and start wailing at the very mention of the word nincompoop then you’re indeed a a filthy lump of waste unfit even at the back of the dirtiest dump-truck transporting animal waste. Got it YOU insecure nincompoop?
Ciapan kedua tersebut jelas merupakan kemuncak kesabaran pemilik Media Prima ke atas Firdaus. Ia menimbulkan ketegangan yang tidak diperlukan antara pemilik syarikat tersebut dengan kerajaan.
Namun lebih penting jelas Firdaus sendiri tidak menunjukkan sikap profesional yang diperlukan oleh seorang pengarang kanan media utama negara.
Menurut sumber Media Prima mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Firdaus dan akan diganti dengan seorang bekas pengarang kanan Utusan Malaysia.
Firadus sebelum ini menggantikan, Manja Ismail, yang dipindahkan ke anak syarikat Media Prima Bhd, Primeworks Studio.
Media Prima menguasai stesen televisyen TV3, TV9, 8TV dan ntv7. Pemegang saham utama dalam Media Prima ialah Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhari. – SuaraTV
ARTIKEL BERKAITAN: Blogger Apanama kini bos Media Prima baharu
Join our Telegram Channel