Kuala Lumpur – Dr Mahathir Mohamad mendakwa Anwar Ibrahim tidak boleh dicalonkan sebagai perdana menteri kerana presiden PKR itu mempunyai ramai musuh yang akan menyukarkan Pakatan Harapan Plus meraih sokongan mencukupi untuk kembali ke Putrajaya.
“Kita tidak boleh bagi dekat dia, dia ada banyak musuh, tapi kita punya sokongan (ahli Parlimen) tidak cukup. Bila tidak cukup, kita kena tambah bilangan.
“Kalau bubuh nama dia (sebagai calon PM), saya fikir tidak ramai yang akan menyertai, bahkan ada orang tertentu yang sedang ada dengan kita akan tinggalkan kita. Dengan itu, kita akan menjadi tidak cukup bilangan, tidak boleh dapat balik kerajaan.
Loading...
“Sebab itu kita tidak boleh bersetuju dengan pendapat dia. Kalau kita ikut dia, sampai bila kita tidak boleh luluskan siapa yang akan jadi perdana menteri,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu klip video yang tersebar di media sosial hari ini.
Difahamkan, klip video itu ialah pertemuan Mahathir dengan pemimpin akar umbi PPBM Terengganu di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.
Mahathir turut mendakwa Anwar tidak bersetuju untuk beliau menjadi perdana menteri buat kali ke-3.
Loading...
“Saya nak beritahu bukan saya nak jadi perdana menteri. Saya sudah 24 tahun jadi (PM), 22 tahun sebelum ini dan masa PM ke-7 selama 2 tahun.
PH kini bergolak ekoran keputusan PKR bertegas mahu Anwar menjadi calon perdana menteri manakala DAP dan Amanah pula cenderung menyokong Dr Mahathir.
Alasan yang diberikan oleh DAP dan Amanah ialah hanya Dr Mahathir mampu menarik sokongan ahli parlimen lain manakala Anwar gagal mendapatkannya biarpun telah diberikan masa yang secukupnya. – SuaraTV
ARTIKEL BERKAITAN:
- Pilihan Anwar jadi PM telah gagal, kata DAP dan Amanah
- Anwar dimalukan, Ketua Menteri Sarawak enggan berjumpa
- Anwar: Saya hadapi kesukaran yang maha besar jadi TPM bawah Dr. M
- Muktamat, Dr M putus tidak lagi bekerjasama dengan PKR
- Saya takkan terima jawatan mentor menteri bawah Anwar, kata Dr M
- Dr M: Anwar tiada majoriti, saya nak 'tolong' dia
- Kalau bukan kerana Dr M, Anwar masih dipenjara – Khalid Samad
- Dr M namakan Shafie Apdal sebagai PM, Anwar tercicir sekali lagi
Join our Telegram Channel