Cuba bunuh diri terjun jejambat setiap kali minta seks tak dapat



Sukarelawan penyelamat di daerah Samet Chonburi, Thailand sudah meluat dengan tindakan seorang lelaki cuba bunuh diri setiap kali isterinya enggan melakukan hubungan seks pada waktu malam.

Selasa lalu, Balai Polis Samet menerima laporan mengenai seorang lelaki cuba terjun dari jejambat di hadapan sebuah pusat beli-belah di daerah itu dan menghantar pegawainya ke tempat kejadian.


Loading...

Mereka menemui seorang lelaki berusia 43 tahun berdiri di tepi jejambat sambil melihat ke arah jalan yang sibuk dengan kenderaan, sekali gus menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang.

Anggota polis bekerjasama dengan sukarelawan penyelamat untuk menyelamatkan lelaki itu sebelum disoal siasat.

Lelaki itu mendakwa mengancam mahu membunuh diri selepas isterinya enggan melakukan hubungan seks.


Loading...

Seorang sukarelawan penyelamat berkata lelaki berkenaan setakat ini sudah tujuh kali mengugut mahu membunuh diri kerana isteri tidak melayan permintaannya.

"Lelaki terbabit memilih lokasi berbeza yang menjadi tumpuan umum setiap kali mahu membunuh diri dan kami memang mengenalinya.

"Walaupun menyampah dan meluat dengan perbuatannya, sudah menjadi tugas kami sebagai penyelamat untuk menolongnya, tidak kira apa alasan dia berbuat demikian," katanya. – Agensi



Join our Telegram Channel
Telegram