DAP, Amanah, Warisan cadang Dr M calon PM, PKR belum beri jawapan



Sekiranya pembangkang dapat mengambil alih semula kerajaan, DAP, Amanah dan Warisan mahukan Dr Mahathir Mohamad kembali menyandang jawatan perdana menteri, menurut beberapa sumber.

Sumber yang dipetik portal The Malaysian Insight itu berkata gandingan Mahathir sebagai perdana menteri dan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai timbalannya merupakan yang terbaik daripada dua gandingan yang dicadangkan.

Salah satu gandingan lagi merupakan Anwar sebagai perdana menteri dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalan.


Loading...

Menurut portal itu, keputusan gandingan Dr Mahathir-Anwar tersebut dibuat dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH) pada Selasa minggu lepas.

“Kita berdepan kerjasama yang bahaya antara Muhyiddin Yassin dan Najib Razak, dan kita rasa hanya Dr Mahathir dan Anwar yang ada kekuatan untuk memberikan cabaran yang wajar,” kata sumber itu.

Sumber yang dipetik itu menjelaskan antara alasan memilih Mahathir adalah faktor populariti beliau di kalangan orang Melayu.

“Kalau ada pilihan raya semua, kita akan berdepan dengan Umno, PAS, dan Bersatu yang akan mengharapkan sokongan Melayu. Kita perlukan seseorang yang boleh menghadapinya,” katanya.


Loading...

Bagaimanapun, salah seorang sumber pemimpin parti yang tidak dinamakan menyifatkan keputusan PH itu akan berdepan jalan buntu kerana salah satu parti komponennya, PKR belum membuat keputusan.

Katanya, cadangan itu terpaksa ditangguhkan kerana PKR mahu tempoh seminggu untuk menimbangnya.

“PKR mahu Anwar sebagai teraju dan bukannya Dr Mahathir.

“Jadi, kita kena tunggu keputusan mereka sebelum menentukan langkah seterusnya,” katanya. – Mkini

ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram