Terdedah: Guan Eng, Bee Yin beri tender rundingan terus kepada taikun Cina kes Sungai Kim Kim



Sehari dua ini, timbul satu lagi skandal salahguna kuasa Lim Guan Eng iaitu meminta Tommy Thomas, tidak membekukan akaun milik seorang taikun Cina, Tan Sri Lim Soon Peng. Sebenarnya ada banyak lagi skandal salahguna kuasa Guan Eng semasa dia menjawat jawatan Menteri Kewangan selama 22 bulan.

Saya ingin mendedahkan satu daripada beberapa maklumat yang saya perolehi. Semasa kejadian pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang Johor, kerajaan telah membeli 25 alat pengesan gas yang canggih (PID) bernilai RM 2-6 juta setiap satu dan 111 lagi pengesan boleh gerak untuk digunakan di sekolah-sekolah (dikatakan disumbangkan pihak industri).

Loading...

Pembelian peralatan ini bernilai mencecah jutaan ringgit. Guan Eng telah mengarah Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Perubahan Iklim (Mestecc), Yeo Bee Yin, yang juga menteri daripada DAP untuk memberikan tender kepada seorang taikun Cina secara rundingan terus. Bee Yin pada awalnya enggan menurut kehendak Guan Eng.

Bagaimanapun, akhirnya Bee Yin tunduk dan tender untuk membeli peralatan itu telah diserahkan kepada taikun Cina berkenaan secara rundingan terus. Menurut sumber, peralatan yang dibeli secara rundingan terus telah dinaikkan harga pembelian lebih tinggi daripada harga yang sepatutnya jika dibuat secara tender terbuka.

Loading...

Perkara ini telah dilaporkan kepada SPRM yang ketika itu diketuai oleh Latheefah Koya, dan beliau dilaporkan mahu bertindak. Bagaimanapun, sehingga beliau meletakkan jawatan beliau terhalang untuk mengambil tindakan disebabkan kedudukan Guan Eng sebagai pimpinan utama PH.

Saya mencabar Guan Eng dan Bee Yin untuk menafikan tuduhan saya ini, atau saya boleh mendedahkan lebih lanjut butiran tender dan taikun yang terlibat. Pada ketika yang sama, saya mendesak SPRM membuka semula siasatan terhadap kes ini, setelah Latheefah tidak lagi mengetuai SPRM.

– Dr Ismadi Abd Samad






Join our Telegram Channel
Telegram