Hannah Yeoh penat jadi wakil rakyat, selalu difitnah



KUALA LUMPUR, 19 Jun ― Ahli parlimen Segambut Hannah Yeoh muak dengan sikap sesetengah pihak yang sering memberi tanggapan negatif terhadap kerjanya wakil rakyat.

Bekas timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, beliau hanya mahu berkhidmat untuk rakyat, tetapi sering dituduh mengganggu sensitiviti masyarakat negara ini.


Loading...

“Tahukah anda betapa penatnya perjalanan saya sebagai wakil rakyat yang hanya mahu berkhidmat dan membuat yang terbaik untuk kanak-kanak, wanita, keluarga tetapi selalu difitnah oleh pelbagai pihak?

“Hanya Tuhan sahaja Yang Maha Mengetahui,” catatnya di Twitter.

Hannah mengepil laporan berita seorang bekas peguam kanan persekutuan yang mendakwa dirinya cuba menyentuh bidang kuasa raja-raja berhubung isu kahwin bawah umur.


Loading...

Bekas ketua pegawai eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) Mahamad Naser Disa dilapor berkata pemimpin DAP itu perlu “belajar” kata-katanya boleh dianggap “terjahan” kepada kedaulatan raja-raja.

Hannah dipanggil ke Bukit Aman Selasa depan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya di media sosial yang didakwa berunsur hasutan.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Projekmm


ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram