Alhamdulillah, hujan lebat, empangan di Melaka penuh



HUJAN lebat sejak beberapa hari lalu membantu peningkatan kapasiti air mentah di tiga empangan utama di Melaka.

Timbalan Pengerusi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Datuk Zaidi Attan berkata, setakat ini Empangan Asahan mencatat 100 peratus kapasiti air diikuti Empangan Durian Tunggal yang mencatat 90 peratus dan Empangan Jus yang merekodkan 36.7 peratus.

Loading...

Katanya, peningkatan itu sedikit sebanyak mengurangkan tekanan bagi menghadapi musim kemarau yang dijangka melanda negara Julai atau Ogos ini.

"Sasaran kini ialah menambah kapasiti Empangan Jus daripada 36.7 peratus kepada sekurang-kurangnya 50 peratus. Ia melalui proses pengepaman air dari Empangan Durian Tunggal ke Empangan Jus.

"Kita harap semua proses ini berjalan lancar bagi memastikan sasaran ini dapat dipenuhi," katanya.

Loading...

Zaidi berkata, usaha ini juga mampu mengelakkan catuan bagi mengatasi masalah kekurangan air.

Sebelum ini, Melaka berdepan krisis air selepas terpaksa melakukan catuan pada penghujung Januari lalu akibat bekalan air mentah di empangan berkenaan tidak berupaya menampung keperluan penduduk.

Namun catuan terbabit berakhir pada 1 April lalu. – Hmetro



Join our Telegram Channel
Telegram