Ibrahim Ali tawar diri jadi MB Kelantan



KUALA LUMPUR — Membayangkan kemungkinan Kelantan dibangunkan seumpama kota Amsterdam di Belanda, presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyatakan kemungkinan hasrat direalisasikan sekiranya beliau dilantik menjadi menteri besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Mengakui impian dilantik menteri besar hampir mustahil, Datuk Ibrahim Ali berkata hasrat itu merupakan sebahagian daripada hala tuju politiknya sejak sekian lama.

Loading...

“Merata dunia saya pergi tak ada yang sehebat Kelantan. Seperti di Amsterdam, saya terbayang kalau saya terpilih menjadi MB Kelantan, saya nak letak lampu di Sungai Kelantan biar cerah.

“Tak ada duit tak mengapa. Tahu tebang balak tapi nak bangun (kemajuan) rakyat tak tahu,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Katanya Kelantan yang kaya kawasan pelancongan, budaya dan makanan yang menarik gagal dimanfaatkan sehingga kini ekoran masalah kepimpinan yang tiada kreativiti dan gagal dalam memanfaatkan sumber negeri.

Loading...

“Jika pusat tak bagi duit, kita guna kreativiti, guna otak,” tegasnya.

Pada PRU 2018, Ibrahim yang menjadi calon Bebas kerusi parlimen Pasir Mas tewas kepada Ahmad Fadhli Shaari dari PAS dalam pertandingan empat penjuru. – Projekmm



Join our Telegram Channel
Telegram