Khalid tidak sabar bawa PN ke mahkamah apabila PH kembali berkuasa



KUALA LUMPUR, 2 Jun — Pakatan Harapan (PH) bertekad mendakwa semua salah laku Perikatan Nasional (PN), kata Khalid Samad.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, sehingga PH kembali berkuasa, semua pihak dipohon bertindak profesional sebelum tiba detik itu.


Loading...

“Sila ingat semua, apa jua salah guna kuasa akan dibongkar dan didakwa oleh PH bila kembali berkuasa.

“Nasihat saya, walaupun PN cenderung pada kejahatan dan rasuah, semua pihak dipohon bertindak secara profesional dan beretika,” katanya di Twitter.

PH berhasrat merampas kembali Putrajaya selepas mendakwa memiliki majoriti ahli parlimen.


Loading...

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Datuk Salahuddin Ayub berkata, PH mungkin dapat kembali ke Putrajaya sebelum sidang parlimen pada Julai.

Salahuddin berkata, hasrat itu dapat direalisasikan jika berpeluang menghadap Yang di-Pertuan Agong.  – Projekmm

ARTIKEL BERKAITAN: 30 kerusi Parlimen PH lebur jika parlimen bubar


Join our Telegram Channel
Telegram