
SERAMAI 300,000 orang kurang upaya dan ibu tunggal yang tersenarai dalam Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) layak menerima bayaran 'one off; sebanyak RM300.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bayaran itu akan diberikan sebelum Aidiladha.
Loading...
Selain itu, beliau berkata, kerajaan akan memberikan Internet 1GB secara percuma kepada semua pengguna setiap hari sehingga 31 Disember.
"Kerajaan juga akan menubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional.
Loading...
"Ia akan dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia," katanya pada Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek oleh Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen hari ini. – Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
- PM: Internet percuma 1GB sehingga 31 Dis
- Lebih 300,000 OKU, ibu tunggal terima bantuan RM300
- PM: 15 juta rakyat terima RM50 e-wallet
Join our Telegram Channel