Najib dedah surat Mujahid jual aset Tabung Haji kepada Kementerian Kewangan bawah Guan Eng



Mai sini kejap Kekanda. Sila tai-chi surat ini.

Ini surat balas Tabung Haji bertarikh 3 Disember 2019 kepada syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd - iaitu syarikat 100% milik Kementerian Kewangan di bawah Menteri Kewayangan di mana TH telah bersetuju:

1. Bahawa Kementerian Kewangan ambil alih semua hotel-hotel TH.

2. TH jual segala perabot dan kelengkapan (termasuk air con, katil, perhiasan dan sebagainya) milik hotel-hotel TH kepada Kementerian kewangan dengan harga RM10,000.

Loading...

3. TH tiada halangan untuk 18 lot hartanah milik TH dijual oleh Kementerian Kewangan melalui lelong.

Siapakah "YB Menteri" yang dimaksudkan dalam surat ini?

Dulu kekanda bukan kata kamu tak campur hal Tabung Haji walaupun kamu dulu Menteri jaga Tabung Haji?

Tai-chi lah selagi boleh.

– Najib Razak

Loading...







Join our Telegram Channel
Telegram