Polis terima 113 laporan berhubung kenyataan Siti Kassim



KUALA LUMPUR: Polis menerima 113 laporan di seluruh negara, setakat ini, berhubung kenyataan dimuat naik aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, dalam Facebook beliau, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata justeru Siti Kassim akan dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Loading...

"Pada 27 Mei lalu, satu siasatan dimulakan ke atas pemilik akaun Facebook 'Siti Kassim' kerana kenyataan didakwa membangkitkan pecah keamanan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Loading...

"Ia masing-masing kerana sengaja mengaibkan dengan niat boleh membangkitkan pecah keamanan, dan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – BHarian



Join our Telegram Channel
Telegram