
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menerima satu laporan yang dibuat terhadap seorang bekas menteri dan bekas peguam negara, kerana didakwa melakukan salah guna kuasa ketika dalam kerajaan.
Laporan itu dibuat aktivis masyarakat Mohsin Abdul Latif, di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah, di George Town.
Loading...
“Setelah membaca kandungan surat yang tular semalam, saya beranggapan keputusan bekas peguam negara telah dipengaruhi oleh bekas menteri itu.
“Justeru, saya memohon pihak SPRM menyiasat, sama ada berlaku penyalahgunaan kuasa dalam perkara itu atau tidak,” katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan tersebut.
Loading...
Mohsin turut diiringi seorang lagi aktivis masyarakat Mohamad Amin Abdul Kadir.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Lim Bee Kean ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkenaan. – Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
- Guan Eng, Tommy arah SPRM batal pembekuan akaun milik taikun hartanah
- SPRM siasat Guan Eng, Tommy isu akaun taikun hartanah
- Kesalahan Guan Eng mirip kes Anwar yang dipenjarakan selama 6 tahun
- Najib dedah Guan Eng, Tommy mengaku salah guna kuasa isu akaun taikun hartanah
- Surat Guan Eng kepada Tommy arah lepas akaun taikun hartanah tular
Please subscribe
Join our Telegram Channel