
Tak dapat dinafikan bahawa, fasa bercinta ini bakal membuatkan kebanyakan pasangan terutamanya golongan remaja, melakukan pelbagai perkara terhadap cinta hati mereka.
Kadang kala, pengorbanan dan juga perkara yang tidak masuk akal dilakukan demi menunjukkan rasa sayang terhadap pasangan.
Para pengguna Twitter Malaysia dikejutkan dengan sebuah video TikTok dari negara jiran yang memaparkan gelagat sepasangan kekasih yang boleh dikatakan agak pelik dan sudah semestinya jarang dilakukan oleh orang lain.
Loading...
Video tersebut memaparkan, seorang lelaki dilihat sedang syok menghisap dan menikmati ibu jari teman wanitanya.
Menurut kenyataan daripada si teman wanita lelaki itu sendiri, menghisap ibu jari sememangnya hobi pemuda berkenaan.
Lebih menarik lagi, pemuda itu dikatakan suka menghisap jari kekasihnya sehingga tertidur.
Loading...
Walaupun diri gadis itu sendiri hairan dengan tabiat teman lelakinya, tapi dia dilihat tetap gembira dengan pemuda berkenaan.
Sudah tentunya, perkara ini mendapat reaksi yang pelik daripada kalangan rakyat Malaysia. Ramai tidak menyangkakan terdapat perangai pelik sedemikian rupa yang dilakukan semasa dalam fasa percintaan.
Sehingga kini, video TikTok yang dikatakan berasal dari negara Indonesia ini telah meraih hampir 87,000 ribu tontonan di Twitter. – BorakDaily
Please subscribe
Join our Telegram Channel