Tular rakaman dashcam aksi kejar-mengejar, ditahan dan diraba



Beberapa rakaman ‘dashcam’ yang dikongsikan di media sosial sejak semalam menjadi tular.

Rakaman tersebut menunjukkan kereta yang dinaiki mangsa sedang dikejar oleh sebuah Proton Iriz yang datang dari belakang.

Walaupun berjaya meloloskan diri pada awalnya, mereka kemudiannya terpaksa berhenti selepas kereta mereka sekali lagi dihadang beberapa minit kemudian.


Loading...

Kedua-dua lelaki yang menaiki kereta Proton Iriz tersebut bertindak agresif dengan memukul cermin kereta dengan menggunkan topi keledar.

Melalui rakaman, jelas kedengaran mangsa meminta maaf dan merayu agar tidak diapa-apakan.

Rakaman juga menunjukkan mangsa telah dipegang di bahagian sensitif dan dipaksa untuk memberikan kad pengenalan.

Aksi mengejar yang penuh mendebarkan itu membuatkan netizen tertanya-tanya punca sebenar kejadian memandangkan tiada penjelasan yang dapat didengari dengan jelas.


Loading...

Manurut Hamirul Hafizul yang berkongsikan video rakaman tersebut, mendakwa aksi yang mencemaskan itu berpunca dari dua sebab iaitu mangsa dikejar kerana ‘beromen’ di dalam kereta atau mangsa cuba disamun oleh kedua lelaki yang menaiki kereta Proton Iriz.

Netizen berpendapat kejadian kejar-mengejar tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia kelihatan sangat berbahaya.

Malah jelas mereka, walaupun kedua-dua pihak mempunyai masalah sekalipun, mereka seharusnya mengambil pendekatan yang lebih baik seperti berbincang dan membuat laporan polis. – Cinca






Loading...

Update terkini: Kejadian dikatakan kes samun, laporan polis telah dibuat.





Loading...







Join our Telegram Channel
Telegram