Please subscribe
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membangkitkan isu pengkhianatan di dalam gabungan partinya sendiri, Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat hari ini.
Presiden PKR itu menyifatkan golongan yang berpaling tadah daripada PH sebagai “katak” kerana tidak tetap pendirian dengan membentuk kerajaan baru Perikatan Nasional.
“Soal pengkhianatan kita pertikai. Memang benar pengkhianat. Tiga hari sebelum tu di hadapan saya bertepuk meja, berpekik, terlolong nak pertahankan Langkawi mati-matian sampai habis penggal.
“Tiga lepas tu lompat macam katak. Jadi itu yang kita sebut soal pengkhianatan. Jadi yang lain tak bersangkutan janganlah marah sangat,” katanya dalam sesi usul menjunjung kasih dan perbahasan titah diraja.
Loading...
Noh Omar (Umno-Tanjong Karang) kemudian tampil mencelah ahli parlimen Port Dickson itu. Noh mempertikaikan Anwar, menyoal kenapa ketika proses ahli parlimen menghadap Agong di Istana Negara sebelum ini, mereka melihat dua calon dari PH - bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Anwar.
“Siapa yang pengkhianat siapa ni? Port Dickson (Anwar) khianat Langkawi (Mahathir) ke atau Langkawi khianat Port Dickson?,” soal Noh.
Ahli parlimen PH, RSN Rayer (DAP-Jelutong), Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kapar) dan Akmal Nasir (PKR-Johor Bharu) bagaimanapun bersuara dan meminta Noh berhenti mencelah.
Noh tidak mengendahkan gesaan tersebut dan bertanya sekiranya Anwar bersetuju bahawa dalam PH ada yang mengkhianati antara satu sama lain.
Loading...
“Kita semua terlibat pergi mengadap Yang Dipertuan Agong. Pada masa tu masing-masing ahli parlimen diberi kebebasan nak calon sapa jadi perdana menteri.
“Persoalan saya, kami terus terang, kami dengan MN (Muafakat Nasional), saya sendiri tulis bubar parlimen.
“Tetapi yang sebelah sana, mengapa ada yang calon Port Dickson, mengapa ada yang calon Langkawi? Kalau campur undi yang calon Langkawi dengan calon Port Dickson, tentu kami tak jadi kerajaan.
“Masalahnya antara Pakatan Harapan tu pun, ada mengkhianati antara satu sama lain. Setuju ke tidak?” soal Noh mengakhirkan pencelahan.
Anwar Ibrahim bangun dan menjawab ‘setuju’ sambil tersenyum yang mungkin merujuk pengkhianatan itu juga adalah berpunca daripada pencalonan Mahathir yang menyebabkan beliau tidak berjaya menjadi perdana menteri.
Ini merupakan perbahasan pertama Anwar di Dewan Rakyat selepas kerajaan PH runtuh penghujung Februari lalu, yang menyaksikan pertukaran kerajaan selepas 22 bulan gabungan itu mentadbir negara. – Mkini/Cinca
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Parlimen kecoh usul tukar speaker dikemuka
- [Video] Akhirnya speaker PH berjaya dijatuhkan dengan 111 undi
- [Video] Teruk Maszlee kena balun dengan Azeez Rahim, Redzuan dalam perlimen isu aplikasi MySejahtera
- [Video] Dewan Rakyat kecoh Khalid Samad dihalau speaker baharu
- [Video] Dewan Rakyat kecoh Kasthuri Patto tak suka perkataan 'gelap, pakai bedak'
- [Video] Dr M terkedu terduduk kena sekolah secara berjemaah dalam Dewan Rakyat
- [Video] Terdiam Anwar bila Muhyiddin jawab mengapa pakej rangsangan ekonomi tak dibahas
- [Video] Tempat duduk dia yang gelap – Azeez Rahim
- [Video] Persidangan Dewan Rakyat 14 Julai 2020 l Sesi Pagi
- [Video] Persidangan Dewan Rakyat 14 Julai 2020 l Sesi Petang
- [Video] Dewan gamat bila Ahmad Maslan tegaskan PN kerajaan pintu istana, bukan pintu belakang
- [Video] TH: Ahmad Maslan bongkar, Shahidan gesa heret Mujahid ke mahkamah
- [Video] Ahmad Maslan tarik balik perkataan 'gelap'
Join our Telegram Channel