
Kuala Lumpur: Hos Bernama TV, Herleena Pahlavy yang dikenakan tindakan setelah menggelar stesen TV Al Jazeera sebagai Al Jahiliyah, mengingatkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengenai janji beliau untuk terus mempertahankan kebebasan bersuara.
Herleena Pahlavy berkata demikian dalam satu status di facebooknya sambil berkongsikan satu pautan berita pada Mac 2020 yang bertajuk “Saifuddin janji terus pertahan kebebasan bersuara”
“Masihkah kau ingat,” tulisnya di Facebook hari ini.
Dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Bernama TV Isnin lalu untuk membincangkan dokumentari kontroversi itu, hos terbabit menggelar Al Jazeera sebagai Al-Jahiliyah.
Loading...
“Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang. Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya,”
Beliau kemudiannya mengakhiri program itu dengan berkata: “Saya Leena Pahlavy, Al Jazeera, ‘you shut up’.”
Media melaporkan, Herleena digantung tugas berikutan selepas menggelar stesen TV berkenaan sebagai Al-Jahilliyah dalam satu rancangan yang dikendalikannya.
Menteri Komunikasi, Dato Saifuddin Abdullah melalui akaun twitter miliknya menyelar tindakan Herleena.
Loading...
“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu, tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu. Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,”
Jumaat lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” selama 25 minit menerusi program 101 East, yang mendakwa Putrajaya menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menahan pendatang asing tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Polis kemudiannya menyiasat saluran berita itu di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.
Jabatan Imigresen pula sedang mengesan lelaki Bangladesh, Rayhan Kabir yang ditemubual program itu yang mendakwa pihak berkuasa membuat perangkap terhadap pendatang tanpa izin ketika operasi pencegahan wabak covid-19 di ibu kota tempoh hari. – SuaraTV
ARTIKEL BERKAITAN:
- Media Qatar Al Jazeera fitnah Malaysia rasis terhadap warga asing semasa tangani Covid-19
- Pekerja asing gaji rendah di Qatar rayu minta makan
- Ismail: Media Qatar Al Jazeera bohong, perlu mohon maaf
- Warga asing buruk imej Malaysia akan diusir serta-merta – Imigresen
- Polis mula siasatan terhadap laporan Al-Jazeera
- Imigresen buru Rayhan Kabir disyaki bersembunyi
- Sengaja saya tak komen pasal Al Jazeera supaya rakyat Malaysia boleh nilai sendiri apa hubungan mereka dengan PH – Najib
- Polis siasat Al Jazeera di bawah Akta Hasutan dan 2 akta lain
- PKR pertahan tindakan Al Jazeera, kecam tekanan kerajaan-rakyat
- Pengacara gelar Al Jazeera Al Jahiliyah dikenakan tindakan – Menteri
Join our Telegram Channel