KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pemimpin, ahli dan penyokong parti supaya bertenang dengan keputusan mahkamah yang mendapati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah dalam tujuh pertuduhan berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.
Beliau turut meminta mereka semua supaya akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
“Kita percaya DS Najib masih ada ruang untuk mendapatkan keadilan melalui proses perundangan negara.
Loading...
“Saya turut bersedih dengan keputusan ini dan yakin Datuk Seri Najib seorang yang cekal dan tabah,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Keputusan itu dibacakan oleh hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menyifatkan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes ke atas Najib melebihi keraguan yang munasabah.
Loading...
“Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah ini.
“Saya dapati pihak pembelaan tidak berjaya membantah anggapan mengenai keseimbangan kemungkinan atau menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan,” katanya.
Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – SuaraTV
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kes Najib: Orang ramai mula berkumpul di luar mahkamah
- Ahmad Maslan, Asyraf Wajdi, Ahmad Razif tiba di mahkamah beri sokongan Najib
- Najib tiba di mahkamah, penuh dengan ribuan penyokong
- Kronologi kes SRC
- Pasukan pembelaan Najib gagal timbulkan keraguan munasabah, kata mahkamah
- Kes SRC: Najib didapati bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan – Hakim
- Prosiding hukuman terhadap Najib ditangguhkan 2 petang ini
- Penyokong Najib badut, bodoh – Cucu Dr M
- Syabas, berbaloi, kata Rafizi selepas mahkamah isytihar Najib bersalah
- Penyokong Najib emosi selepas mahkamah umum Najib bersalah
Join our Telegram Channel