
KUCHING: DAP hari ini berkata, Ketua Cawangan Serian, Edward Andrew Luwak keluar parti kerana kepimpinan negeri tidak memilihnya sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata beliau sudah memberi bayangan kepada Luwak beberapa bulan lalu yang parti akan meletakkan calon baru untuk salah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Serian.
“Beliau kelihatan tidak gembira mengenainya dan itu mungkin alasannya keluar parti,” kata Chong pada sidang media di sini, hari ini.
Semalam, Luwak mengumumkan beliau meninggalkan DAP berkuat kuasa serta-merta.
Loading...
“Keputusan keluar parti dinyatakan dalam surat yang diberikan kepada parti. Saya tidak perlu menyatakan dengan terperinci, tetapi saya hanya mahu kata saya telah hilang keyakinan terhadap pucuk kepimpinan parti,” kata Luwak yang berusia 67 tahun.
Katanya, beliau tidak akan berundur daripada arena politik, tetapi belum memutuskan untuk menyertai parti lain.
Luwak mewakili DAP di kerusi Parlimen Serian pada pilihan raya umum 2013 dan kerusi Bukit Semuja pada PRN 2016.
Beliau bertanding semula di Serian pada PRU 2018, tetapi tewas kepada Richard Riot daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Loading...
“Disebabkan parti sudah menyalurkan sumber untuk membantu beliau ketika bertanding dalam 3 pilihan raya lalu, beliau patut membalasnya dengan membantu ahli baru dan muda yang ingin menawarkan khidmat mereka,” kata Chong.
Beliau berkata, jawatankuasa DAP Sarawak melantik Ketua Pemuda Serian, Brolin Nicholson mengambil alih pengurusan cawangan itu sehingga perhimpunan agung tahunan parti yang dijangka diadakan bulan depan atau Ogos ini.
Chong mengucapkan terima kasih kepada Luwak atas semua sumbangannya kepada parti dan kawasan Parlimen itu. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Pemimpin PKR Kalabakan dakwa 2,000 ahli cabang keluar parti
- Kepimpinan PKR Sabah umum keluar parti
- Dua ADUN UPKO keluar parti, jadi ADUN Bebas sokong PN
- 50 pemimpin wanita PKR Johor umum keluar parti
- 25 AJK PKR Saratok umum keluar parti, hilang kepercayaan kepada Anwar
- Ramai ahli PKR Melaka umum keluar parti hujung minggu ini
- 600 ahli WARISAN keluar parti
- Afif sah sertai Bersatu tinggalkan PKR
- 4 cawangan Warisan keluar parti, 500 bakal menyusul
- Lebih 1,000 ahli Warisan di Libaran umum keluar parti
- PKR Jelebu hampir lumpuh, 40 ahli keluar parti hilang kepercayaan terhadap Anwar
- 500 Penyokong Warisan Sabah Sertai Parti STAR
Join our Telegram Channel