JEMPOL – Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Jempol, Karip Mohd Salleh yang digantung keahlian pada April lalu mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa hari ini.
Selain Karip, turut mengisytiharkan keluar parti ialah 25 ahli jawatankuasa tertinggi serta lantikan cabang itu termasuk Timbalan Ketuanya, Halim A Aziz; Naib Ketua I, T.Murly; Timbalan Ketua Wanita, Norizan Musa; mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Jempol, Abdul Harris Zulkifli dan pemangku Ketua AMK Jempol, Nur Akmal Idzwan Wahid.
Karip berkata, keputusan itu dibuat selepas masing-masing sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti dalam mengemudi saf kepimpinan sama ada ada di peringkat persekutuan atau pun negeri.
Loading...
“Pimpinan PKR gagal menangani kemelut dalaman parti sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.
“Pemecatan dan penggantungan anggota yang berterusan juga adalah langkah sumbang PKR dalam menarik minat rakyat untuk bersama,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat PKR Jempol di sini hari ini.
Sementara itu, Karip berkata, beliau tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan parti menggantung keahliannya sejak April lalu.
Selain beliau, katanya, Timbalannya dan Naib Ketua I juga digantung keahlian pada Jun dan Mei lalu.
Loading...
“Saya tidak akan membuat rayuan terhadap pengantungan ini kepada pihak displin parti dan sebulat suara bersama AJK terlibat untuk keluar parti hari ini,” katanya.
Beliau turut menjangkakan terdapat 300 hingga 400 ahli PKR Jempol akan mengambil keputusan sama meninggalkan parti dalam masa terdekat.
Mengenai perancangan masa depan, Karip berkata, pihaknya akan menyertai Penggerak Komuniti Negara Negeri Sembilan dan seterusnya memberikan sokongan padu kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN). – SuaraTV
ARTIKEL BERKAITAN:
- Pemimpin PKR Kalabakan dakwa 2,000 ahli cabang keluar parti
- Kepimpinan PKR Sabah umum keluar parti
- Dua ADUN UPKO keluar parti, jadi ADUN Bebas sokong PN
- 50 pemimpin wanita PKR Johor umum keluar parti
- 25 AJK PKR Saratok umum keluar parti, hilang kepercayaan kepada Anwar
- Ramai ahli PKR Melaka umum keluar parti hujung minggu ini
- 600 ahli WARISAN keluar parti
- Afif sah sertai Bersatu tinggalkan PKR
- 4 cawangan Warisan keluar parti, 500 bakal menyusul
- Lebih 1,000 ahli Warisan di Libaran umum keluar parti
- PKR Jelebu hampir lumpuh, 40 ahli keluar parti hilang kepercayaan terhadap Anwar
- 500 Penyokong Warisan Sabah Sertai Parti STAR
- Ketua cawangan Serian keluar DAP
- Cabang PKR Ampang bubar, 250 ahli keluar parti
- Lagi ahli Warisan di Libaran keluar parti, sokong PM
- Amanah Labuan bubar, seluruh jentera parti letak jawatan
- TERKINI: ADUN Rahang N9 keluar DAP
- AMK Cabang PD lumpuh, 100 ahli keluar parti
- Seorang lagi pemimpin DAP Sarawak keluar parti
Join our Telegram Channel