Kor Ming usah hipokrit, dulu panggil Zamry hitam metalik, haram jadah



Kecam ungkapan ‘gelap’: Nga Kor Ming usah hipokrit

1. Hari ini, bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mahu MP Baling dikecam dengan keras dan dikenakan tindakan berhubung istilah’gelap’ yang diucapkan terhadap Kasthuri Patto (Batu Kawan-DAP).

2. Usah hipokrit. Rekod ucapan rasisme Nga sebelum ini belum dipadam.

Loading...

3. Pada 9 September 2011, dalam satu ceramah di Perak, Nga menyebut, “Di negeri Perak, kita ada Menteri Besar ‘hitam metalik’…yang haram jadah tu! Lihat video di sini.

4. Nga merujuk kepada Zambry Abdul Kadir. Zambry menyerahkan kepada rakyat untuk ‘menghukum’ Nga. Rujuk di sini.

5. Pada 9 Mac 2019, Nga berkata, Malaysia akan jadi seperti Afghanistan yang diperintah Taliban kalau kerjasama Umno dan PAS berjaya membentuk kerajaan. Rujuk di sini.

Loading...

6. Kenyataan Nga itu mengundang kemarahan ramai. 58 laporan polis telah dibuat ke atasnya. Namun, Nga enggan memohon maaf. Rujuk di sini.

7. Hal ini turut disentuh oleh MP Tanjung Karang-BN, Noh Omar dalam Dewan Rakyat pada 19 Mac 2019. Noh bangkit menyoal Nga berhubung kenyataan Taliban itu adakah benar media sosial memutarbelitkan kenyataan beliau dan jika benar media itu sepatutnya disaman. Nga enggan melayaninya, kemudian berakhir dengan Noh digantung sidang selama 3 hari. Rujuk di sini.

– KorekKorek



Please subscribe





Join our Telegram Channel
Telegram