Netizen kecoh lambang Jata Negara dicetak dalam kasut



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Sebelum ini kita dikecohkan tentang satu buku yang mana dikatakan telah menghina akan lambang JATA NEGARA pada kulit buku tersebut.

Terbaru aku terima.

Sepasang kasut berjenama BEETHREE telah meletakkan lambang JATA NEGARA pada dalam kasut.

Apakah ini satu penghinaan terhadap lambang JATA NEGARA kita juga?


Loading...

Harap pihak kerajaan tolong siasat akan penularan gambar ini dan sekiranya benar harap pihak kerajaan dan PDRM siasat syarikat yang mengeluarkan kasut berkenaan atas faktor apa diletakkan lambang JATA NEGARA dibahagian dalaman tapak kasut jenama BEETHREE ini?

Nampaknya sedikit demi sedikit penghinaan telah dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dari percubaan untuk menukar bendera kebangsaan kita, mengubah bentuk bendera kebangsaan kita, menghina terhadap institusi Beraja, menghina akan lambang JATA NEGARA dan banyak lagi kerap berlaku.

Apakah ada tangan-tangan ghaib dibelakang semua ini? Apakah ada pihak sengaja nak menguji kesabaran rakyat Malaysia dengan melakukan perbuatan seperti ini?


Loading...

Siapakah mereka? Apakah mereka yang melakukan perbuatan ini telah dihasut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab agar rakyat Malaysia akan semakin lalai dan mereka semakin kerap melakukan agar suatu hari kelak negara kita akan ditukar kepada sebuah negara liberal ke???

Ingat..... Setiap apa yang berlaku jika tidak ada pihak lain yang menghasut, ianya tidak akan terjadi.

Dan nampaknya sikit demi sikit ada saja kejadian seperti ini kita tanpa disedari telah dilakukan oleh mereka yang sengaja mahu mencetuskan api kemarahan rakyat Malaysia.

Apakah semua ini ada dalang disebaliknya???

Dan harap pihak SIRIM tolong beri jawab balas akan isu ini kerana ada tertera logo Sirim didalamnya.

Muhsin Latheef





Join our Telegram Channel
Telegram