Najib syak Shafie Apdal cuba buang kes Timb Ketua Menteri Sabah isu tipu tanah pekebun kecil Risda



Saya syaki pengumuman Ketua Menteri Shafie Apdal semalam bahawa kerajaan PH Plus akan mengembalikan tanah kepada pekebun kecil adalah usaha untuk menyelesaikan atau membuang kes Timbalan Ketua Menteri Christina Liew diarah oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi RM557 juta kepada syarikat milik kerajaan Sabah.

Secara terang, Shafie kata langkah ini adalah untuk menyelesaikan masalah kes-kes mahkamah.
"Towards this end, he said the state government will deal with the private firms involved in the land as well, adding he hoped to settle it soon and urged the firms not to drag the matter to court as it will delay the return of the land to the claimants.". Rujuk di sini.

(Sebenarnya, mahkamah sudah putuskan bahawa tanah yang kononnya dipulangkan adalah milik pekebun kecil)


Loading...

Jika langkah Ketua Menteri Sabah semalam untuk menyelesaikan kes mahkamah ini memberi hasil kepada kes Timbalan Ketua Menteri Christina Liew yang sudahpun kalah berkali-kali dan terbukti dalam mahkamah telah bersuhabat dengan staff dia untuk menipu pekebun-pekebun kecil dibuang maka ini merupakan satu salah guna kuasa kerana yang menerima manfaat paling besar ialah Christina Liew yang tidak perlu lagi membayar RM557 juta.

Jika ini berlaku, harap SPRM akan teruskan siasatan.

Sebab itu, wartawan dan ADUN Sabah perlu tanya Ketua Menteri Sabah soalan ini:

Dengan pemulangkan tanah oleh syarikat milik kerajaan Sabah kepada pekebun kecil yang diumumkan semalam, apa akan terjadi kepada kes Christina Liew? Adakah kerajaan Sabah akan batalkan saman Christina Liew?

Penjelasan saya tentang kes penipuan Timbalan Ketua Menteri terhadap pekebun-pekebun kecil Risda sila rujuk tulisan di bawah. – Najib Razak



Timbalan Ketua Menteri tipu pekebun-pekebun kecil Risda, suruh sain kertas/cop jari kosong pindah hak milih tanah.

Pada tahun 2014, Timbalan Ketua Menteri Sabah PH Plus merangkap Ahli Parlimen Tawau Christina Liew, bekas keraninya Siti Rahfizah Mihaldin dan Samsuri diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29 kepada syarikat Borneo Samudera milik kerajaan Sabah oleh Mahkamah Tinggi Tawau.

Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga individu tersebut, menyalahi undang-undang membabitkan 819 pemilik tanah yang terlibat dalam Skim Pekebun Kecil Bagahak kerana melanggar perjanjian usahasama mereka dengan plaintif Borneo Samudera Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh kerajaan Sabah.

Hakim Mahkamah Tinggi Chew Soo Ho berkata bahawa pada tahun 2006 dan 2007, Liew telah menyiapkan perjanjian jual beli bagi 819 pekebun kecil untuk menjual tanah itu kepada Siti Rahfizah yang merupakan staff dia masa itu.

Lalu pekebun-pekebun kecil yang antaranya buta huruf membuat laporan polis kerana rasa mereka telah ditipu oleh Christina untuk menjual tanah yang sudah ditanam dengan sawit.


Loading...

Dalam mahkamah, pekebun-pekebun kecil memberi keterangan bahawa mereka ditipu untuk menandatang atau meletak thumb print ke atas kertas kosong yang kemudiannya merupakan perjanjian untuk menyerah hak milik tanah kepada staff Christina selepas mereka dibayar RM1,000.

Tetapi apabila pekebun kecil nak batalkan perjanjian penjualan, mereka diberitahu oleh geng Christina bahawa mereka telah bersetuju untuk membayar 50% daripada harga sebenar tanah sebagai kos gantirugi.

Dibayar RM1,000 untuk serah tanah tapi nak batalkan perjanjian perlu bayar 50% harga sebenar tanah!

Mahkamah juga memutuskan bahawa perjanjian-perjanjian penjualan itu juga disediakan oleh Christina sendiri

October 26, 2014: Liew to pay record RM557mil. Rujuk di sini.

Walaupun Christina dan gengnya menggunakan pelbagai kaedah untuk menangguhkan perlaksanaan arahan untuk membayar RM558 juta ini sejak tahun 2014, keputusan mahkamah tinggi tahun 2014 tetap kekal.


Loading...

Selepas PRU14, Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal melantik sendiri sebagai pengerusi/pengarah syarikat Borneo Samudera.

Maka terjadinya keadaan di mana timbalan Ketua Menteri berhutang RM558 juta kepada syarikat di mana bossnya Ketua Menteri merupakan pengerusi/pengarah.

Masa itu, terdapat percubaan untuk syarikat Borneo Samudera menyelesaikan kes ini di luar mahkamah supaya arahan mahkamah pihak Christina bayar RM558 juta kepada Borneo Samudera boleh diketepikan.

Namun, percubaan ini berjaya dihalang oleh dua pekebun kecil yang berjaya memohon mahkamah untuk menghalang syarikat Borneo Samudera untuk melaksanakan sebarang perjanjian penyelesaian luar mahkamah.

"23 Oct 2018: Court grants interim injunction barring settlement in Bagahak land case". Rujuk di sini.

Lalu, percubaan Christina Liew untuk mengemukakan bukti baru dalam permohonan rayuan pun berakhir pada bulan Februari lalu apabila dia kalah dalam Mahkamah Persekutuan.

"18 Feb 2020: Mahkamah tak benarkan timb ketua menteri Sabah kemuka bukti baru". Rujuk di sini.

Bulan Mei lalu pula, pekebun-pekebun kecil yang memfailkan injunksi menghalang penyelesaian luar mahkamah pula diminta oleh syarikat Borneo Samudera untuk menarik balik halangan mereka kerana syarikat milik kerajaan Sabah itu nak menyelesaikan kes dengan geng Christina.



Akan tetapi, pekebun-pekebun kecil tidak bersetuju. Mereka mahukan keadilan ditegakkan.

"May 28, 2020: Smallholders protest against political interference in case". Rujuk di sini.

Oleh sebab Borneo Samudera dihalang membuat penyelesaian luar mahkamah maka kes terpaksa diteruskan di Mahkamah Rayuan.

Jika geng Christina kalah lagi di peringkat Mahkamah Rayuan maka geng Christina akan terpaksa membayar RM558 juta kepada syarikat milik kerajaan Sabah.

Dan jika Timbalan Menteri itu tak mampu bayar maka dia akan diisytiharkan bankrap dan terpaksa melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri, kerusi parlimen Tawau dan kerusi DUN Api-api dia.

Bagaimanapun, kes mahkamah rayuan yang sepatutnya bermula pada 16 Jun 2020 telah ditangguhkan sekali lagi pula dengan persetujuan syarikat Borneo Samudera walaupun masa 6 tahun telah berlalu sejak perintah tahun 2014 diberi dalam mahkamah.

Seolah-olah syarikat Borneo Samudera di mana pengerusinya adalah Ketua Menteri Sabah tak minat untuk terima duit ganti-rugi RM558 juta daripada geng Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Sebab itu, SPRM sudah mula bergerak untuk mengesan jika ada salah guna kuasa atau rasuah yang menyebabkan kes ini tertangguh begitu lama.

"SPRM teliti dakwaan kes ambil alih tanah di Sabah". Rujuk di sini.

– Najib Razak

Christina Liew.


Join our Telegram Channel
Telegram