Parlimen bukan kantin, Papagomo tegur Syed Saddiq makan semasa perbahasan



KUALA LUMPUR, 16 JULAI — Tindakan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjamu selera ketika mengikuti persidangan dalam Dewan Rakyat mendapat reaksi Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo.

Papagomo berkata, tindakan Syed Saddiq adalah kurang wajar selain tidak menghormati institusi Dewan Rakyat.


Loading...

“Syed Saddiq jika lapar keluarlah dari Dewan dan ambil sarapan di kafe parlimen.

“Jangan jadikan parlimen seperti kantin,” katanya di media sosial.


Loading...

Terdahulu, Papagomo memuat naik sebuah foto di Twitter menunjukkan Syed Saddiq sedang menjamu selera dalam Dewan Rakyat.

Menerusi foto berkenaan, kelihatan beberapa wakil rakyat lain sedang menumpukan perhatian mengikuti persidangan Dewan Rakyat. – Projekmm

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram