
Lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang muncul dalam sebuah dokumentari Al Jazeera akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata tindakan itu diambil setelah individu yang dikehendaki oleh agensi terbabit berjaya ditahan petang semalam.
“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.
Loading...
“Saya mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat atas usaha dan komitmen mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Md Rayhan telah ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen daripada Unit Risikan Operasi Jabatan Imigresen Putrajaya kira-kira 5.45 petang di Setapak di Kuala Lumpur.
Jabatan Imigresen sebelum ini memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang alamat terakhirnya di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur, bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Loading...
Sebelum ini, media melaporkan Rayhan telah membuat dakwaan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi membanteras penularan COVID-19 dalam dokumentari terbitan Al Jazeera.
Susulan itu, pihak polis turut memulakan siasatan terhadap stesen penyiaran antarabangsa itu selepas penyiaran dokumentari berkenaan.
Bernama semalam melaporkan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan penahanan itu berkata suspek berumur 25 tahun itu diserahkan kepada pihak polis pada pukul 6 petang semalam. – Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
- Media Qatar Al Jazeera fitnah Malaysia rasis terhadap warga asing semasa tangani Covid-19
- Pekerja asing gaji rendah di Qatar rayu minta makan
- Ismail: Media Qatar Al Jazeera bohong, perlu mohon maaf
- Warga asing buruk imej Malaysia akan diusir serta-merta – Imigresen
- Polis mula siasatan terhadap laporan Al-Jazeera
- Imigresen buru Rayhan Kabir disyaki bersembunyi
- Sengaja saya tak komen pasal Al Jazeera supaya rakyat Malaysia boleh nilai sendiri apa hubungan mereka dengan PH – Najib
- Polis siasat Al Jazeera di bawah Akta Hasutan dan 2 akta lain
- PKR pertahan tindakan Al Jazeera, kecam tekanan kerajaan-rakyat
- Pengacara gelar Al Jazeera Al Jahiliyah dikenakan tindakan – Menteri
- Hos BernamaTV ingatkan menteri janji kebebasan bersuara
- 6 kakitangan Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman
- Rayhan Kabir sembunyi – Polis
- Akhirnya Rayhan Kabir berjaya dicekup
Join our Telegram Channel