UMNO akan tentukan hala tuju dalam PN kata Zahid susulan keputusan mahkamah kes Najib


Please subscribe


Kuala Lumpur – UMNO akan membuat satu keputusan politik selepas Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian melalui satu ciapan di laman Twitter sebentar tadi.

“UMNO akan buat keputusan politik berkaitan keputusan mahkamah kes DS @NajibRazak hari ini. Harap semua pihak berlapang dada.


Loading...

“Yakin DS Najib masih ada ruang mendapatkan keadilan mengikut proses perundangan negara,” tulisnya sebentar tadi.

Terdahulu ahli parlimen Bagan Datuk itu turut menegaskan UMNO bakal membincangkan mengenai hala tuju parti itu di dalam kerajaan Perikatan (PN).

“Maka tentunya ada sesuatu yang akan dilakukan oleh UMNO. Tunggulah keputusan-keputusan yang akan kami perbincangkan.


Loading...

“Maka tentunya apa yang akan kami lakukan adalah tindakan bersifat usaha bagi menentukan hala tuju kerajaan yang ada sekarang,” katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang didapati bersalah atas 7 pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana tersebut.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, manakala pasukan pembelaan Najib diketuai peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. – SuaraTV


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram