Abah mengadu tidak boleh bangun – Anak Mufti Perak



"KEJADIAN berlaku subuh tadi, abah tidak dapat bangun dan kurang dapat bergerak," kata Datuk Ahmad Wafi Harussani, anak kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang diserang angin ahmar dan kini dirawat di Hospital Pakar KPJ, Ipoh, Perak.

Ahmad Wafi berkata, kakaknya yang juga seorang doktor datang ke rumah memeriksa keadaan bapanya sebelum beliau dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ untuk rawatan lanjut pada 8 pagi tadi.


"Apa yang saya boleh beritahu abah dalam keadaan sedar, namun pergerakannya agak terbatas dan doktor sedang memantau keadaan tahap kesihatannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dia meminta rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan bapanya.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, dikejarkan untuk rawatan kecemasan di sebuah hospital swasta di Ipoh, akibat serangan strok selepas solat Subuh, pagi tadi.


Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin, yang mengesahkan kejadian itu, berkata berdasarkan maklumat disalurkan Jabatan Mufti Perak, Harussani masih lagi dalam pemantauan rapi hospital berkenaan. – Hmetro

ARTIKEL BERKAITAN: Mufti Perak diserang strok masuk hospital


Join our Telegram Channel
Telegram