Balu saman saya, mak mertua RM900k 15 hari selepas Abam meninggal, saya saman balik tak mintak sesen pun – Ali Puteh



Terdahulu kisah pemergian pelawak terkenal iaitu Abam Bocey mendapat liputan yang sangat meluas. Sejak hari pertama dia pergi, berpusu-pusu orang datang menziarahi keluarga dan juga pusara arwah.

Kisah Abam disifatkan sebagai suatu pemergian yang dicemburui ramai sehingga menjadi tanda tanya ramai berkaitan amalan yang dilakukan sepanjang hayatnya.

Perlu kita ingat bahawa orang yang baik Allah sentiasa sayang.

Bak kata orang kubur masih merah, keluar pula kisah kurang enak berkaitan balu Abam, Hidayah dan juga Ali Puteh.

Peminat sudah pun sedia maklum bahawa kedua mereka saling bertindak berbalas saman.



Peminat selar tanpa usul periksa, Hidayah terdahulu saman Ali RM900,000

Berikutan itu ramai peminat menyelar Ali Puteh yang seolah-olah tamak dan memakan hak balu Abam.

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, pelawak berkenaan tampil menjelaskan perkara sebenar melibatkan harta, dan ingin membersihkan namanya.

Menurut Ali, bukan dia ingin menyaman Hidayah tetapi berbuat sedemikian tetapi membuat saman balas selepas kakak iparnya, yang terlebih dahulu menyaman dia dan ahli keluarga.

Difahamkan Hidayah menyaman Ali dengan jumlah RM900,000!



Tambah Ali, Hidayah seolah-olah mempunyai masalah dengan ramai pihak. Bahkan Hidayah turut menyaman mak mertua yang berkerusi roda dan dalam keadaan kurang sihat.

“Saya tak hebahkan pada media bahawa saya disaman 15 hari atau hari kami mengadakan majlis tahlil anjuran pihak Astro sebab saya masih menghormati abang saya baru meninggal dunia.

“Saya bukan takut cuma dalam keadaan kehilangan dan keluarga masih bersedih.

“Tidak lama selepas saman saya, dia (Hidayah) dan ibunya menyaman pula ibu saya. Ibu saya yang berkerusi roda itu pun disamannya.

“Macam mana hubungan seorang menantu dengan mak mertua. Yang mak mertua yang baru kehilangan anak,” jelas Ali.


Hidayah tak ambil tahu, Vellfire dah kena tarik bulan lepas

Dalam saman Hidayah, dia telah menuntut harta-harta seperti rumah dan tanah yang dinilai sebesar RM300,000, kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire, jam tangan, motosikal dan juga wang simpanan.

Namun menurut Ali, perkara ini sebenarnya boleh diselesaikan secara baik jika Hidayah ambil tahu keadaan sebenar.

Contohnya melibatkan Velfire yang telah pun ditarik sejak bulan lalu kerana tiada siapa yang mampu untuk bayar.

“Kau tuduh aku guna Vellfire, padahal kereta itu dah kena tarik bulan lepas. Siapa nak bayar?



“Orang di luar sana pun sibuk sangat nak tahu berapa banyak harta arwah.

“Okey ini saya dedahkan semua, balu tuntut rumah dan tanah bernilai RM300,000, sebuah Toyota Velfire bernilai RM300,000, padahal Velfire lama itu harga RM180,000.

“Motorsikal LC berharga RM10,000, padahal harga motor arwah beli RM5,300 sahaja. Siapa pakai motor dia tahulah.

“Okey ini yang paling orang ramai nak tahu sampai tuduh saya makan harta anak yatim. Duit di dalam akaun arwah. Arwah ada dua akaun bank dan setelah dicampur kedua-dua akaun jumlahnya RM84,000.

“Sebelum ini orang sibuk kata duit arwah berjuta-juta dan saya makan duit arwah. Kalau ada bukti saya makan harta anak yatim, buktikan…” lanjut Ali lagi.



Hidayah kunci mulut

Sehingga kenyataan Ali dikeluarkan, Hidayah mengambil keputusan untuk mengunci mulut dan menyerahkan segalanya kepada keadaan.

Tambah Hidayah dia percaya bahawa jawapan akan diketahui kelak.

Sebagai orang luar, apa yang kita mampu adalah mendoakan yang terbaik buat kedua mereka.

Semoga hubungan kembali jernih dan kemelut diselesaikan secara berhemah tanpa melibatkan mahkamah. – Meecks


ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mahu harta Abam, cuma urus hutang, faraid – Ali Puteh




Join our Telegram Channel
Telegram