Bersatu Klang bubar, ketua bahagian join parti baru Dr M



Ketua Bersatu Bahagian Klang Syed Abdillah Syed Abdul Aziz mengumumkan pembubaran bahagian itu hari ini.

Syed Abdillah juga memohon untuk menyertai parti baru yang ditubuhkan bekas pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad semalam.



"Kami Bersatu Bahagian Klang, Selangor dengan ini sebulat suara memohon menjadi ahli parti baru ini.

"Dengan itu kami seluruh anggota Bersatu Bahagian Klang yang diketuai oleh saya asendiri Syed Abdillah Aziz secara sebulat suara hilang segala kepercayaan terhadap kepimpinan peringkat penaja Bersatu kami, dan membuat keputusan untuk membubarkan Bahagian Bersatu Klang dengan serta-merta," kata pada sidang media yang disiarkan secara langsung di Faceebook hari ini.

Terdahulu hari ini, Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli mengumumkan keluar Bersatu berkuat kuasa hari ini bagi menjadi Adun bebas dan menyokong bekas pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad.



Mohd Shaid berkata keputusan itu diambil bersama-sama jawatankuasa bahagian Jeram, ketua-ketua cawangan dan majoriti ahli Bersatu bahagian Kuala Selangor.

Beliau juga dilaporkan berkata sekitar 80 peratus daripada 22 bahagian Bersatu di Selangor dijangka meninggalkan parti itu bermula hari ini.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin mengumumkan telah keluar Bersatu pada Khamis lalu melalui surat kepada Setiausaha Kerja (Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya. – Mkini


ARTIKEL BERKAITAN:







Join our Telegram Channel
Telegram