Bersatu Langkawi bubar, 22 AJK letak jawatan



SERAMAI 22 ahli jawatan kuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi meletakkan jawatan hari ini.

Timbalan Ketua Bahagiannya, Shukor Bahari berkata, peletakan jawatan dan keluar parti beramai-ramai itu berkuat kuasa serta-merta.


"Selain saya, turut meletak jawatan ialah Setiausaha, Azlina Mansor, Bendahari, Jamari Mahtar dan Ketua Penerangan, Zamree Yahya.

"Sebahagian besar ahli jawatankuasa letak jawatan kerana kami nekad terus berjuang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, hari ini.

Shukor berkata, pihaknya kesal apabila pemimpin tertinggi Bersatu sanggup mengkhianati perjuangan asal parti dan bersekongkol dengan musuh.


"Kami keluar dengan disaluti prinsip dan maruah serta tidak tunduk pada sogokan dan tawaran kuasa sebagai ganjaran," katanya.

Jumaat lalu, bekas Perdana Menteri juga Ketua Bahagian Bersatu Langkawi, Dr Mahathir mengumumkan parti baharu akan ditubuhkan atas semangat Melayu dan akan bersifat inklusif dan moderat, berpegang pada janji, ikhlas serta berprinsip. – Hmetro

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram