
BEKAS Menteri Kewangan Lim Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini, atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima wang suapan berjumlah RM3.3 juta bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Guan Eng , 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.
Mengikut pertuduhan, Guan Eng, semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3,300,000 sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan projek itu yang bernilai RM6,341,383,702.
Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan terbabit di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, Georgetown, antara Januari 2011 dan Ogos 2017.
Pertuduhan terhadap Lim dikemukakan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib, manakala Lim diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh.
Jumaat lalu, Lim turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu syarikat sama dilantik untuk melaksanakan projek serupa dan beliau dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin.
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang mencetuskan kontroversi itu bakal menghubungkan pulau ini dari Persiaran Gurney dengan tanah besar di Bagan Ajam dengan anggaran kos RM6.3 bilion dan ia dijangka bermula pada 2023. – Hmetro
ARTIKEL BERKAITAN:
- Guan Eng dipanggil ke SPRM, keluar selepas 6 jam
- Guan Eng ke SPRM sambung keterangan penyelewengan projek terowong dasar laut
- Menteri: SPRM boleh buka semula kes rasuah banglo Guan Eng jika ada bukti baru
- Guan Eng tak boleh didakwa semula atas kesalahan sama, kata pemimpin DAP
- Skandal Terowong: Guan Eng bakal ditahan SPRM petang ini?
- TERKINI: Guan Eng ditahan SPRM sebentar tadi
- SPRM: Guan Eng sah ditahan, akan didakwa di mahkamah esok
- Najib kantoikan penipuan Tony Pua konon projek terowong Guan Eng tak pernah bayar sesen
- Tindakan menahan bapa menjijikkan, kata anak Guan Eng
- Guan Eng tiba di mahkamah, berdepan tuduhan rasuah
- Guan Eng mengaku tak bersalah, ikat jamin RM1 juta
- Isteri Guan Eng dan Phang Li Koon ditahan SPRM
- Mana suapan wang ringgit, mana akaunnya? – Guan Eng
- Hati Guan Eng sangat pedih, pilu isteri ditahan SPRM
- Najib: Spesial sangat ke Guan Eng ni, saya pun duduk lokap SPRM 2 malam, tak kecoh pun macam dia
- Ebit Lew padam gambar Super Ring selepas teruk dikecam penyokong DAP-PH
- DAP minta derma ikat jamin Guan Eng walaupun akaun, aset tidak dibekukan
- Guan Eng tiba di mahkamah bersama kesemua ahli keluarganya
Join our Telegram Channel