
BUTTERWORTH – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini bersama kesemua ahli keluarganya.
Beliau tiba kira-kira pukul 8.50 pagi menaiki sebuah kenderaan X70 berwarna coklat metalik bercermin gelap dan sempat melambai kepada para penyokong dalam kira-kira 50 orang di luar pintu masuk mahkamah.
Selain Guan Eng, yang turut sama termasuklah bapanya juga veteran DAP, Lim Kit Siang, isterinya, Betty Chew dan anak lelakinya, Marcus Lim.
Turut kelihatan ialah ibu Guan Eng yang hadir bertongkat selain ahli keluarga lain seperti adik perempuannya, Lim Hui Ying.
Barisan peguam beliau juga wakil rakyat DAP seperti Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh dan RSN Rayer juga turut bersama-samanya.
Pas terhad untuk pengamal media menyebabkan rata-rata terpaksa menunggu di luar.
MalaysiaGazette difahamkan Guan Eng akan didakwa tuduhan projek terowong bawah tanah Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – MG
![]() |
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersama keluarganya di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini. |
ARTIKEL BERKAITAN:
- Guan Eng dipanggil ke SPRM, keluar selepas 6 jam
- Guan Eng ke SPRM sambung keterangan penyelewengan projek terowong dasar laut
- Menteri: SPRM boleh buka semula kes rasuah banglo Guan Eng jika ada bukti baru
- Guan Eng tak boleh didakwa semula atas kesalahan sama, kata pemimpin DAP
- Skandal Terowong: Guan Eng bakal ditahan SPRM petang ini?
- TERKINI: Guan Eng ditahan SPRM sebentar tadi
- SPRM: Guan Eng sah ditahan, akan didakwa di mahkamah esok
- Najib kantoikan penipuan Tony Pua konon projek terowong Guan Eng tak pernah bayar sesen
- Tindakan menahan bapa menjijikkan, kata anak Guan Eng
- Guan Eng tiba di mahkamah, berdepan tuduhan rasuah
- Guan Eng mengaku tak bersalah, ikat jamin RM1 juta
- Isteri Guan Eng dan Phang Li Koon ditahan SPRM
- Mana suapan wang ringgit, mana akaunnya? – Guan Eng
- Hati Guan Eng sangat pedih, pilu isteri ditahan SPRM
- Najib: Spesial sangat ke Guan Eng ni, saya pun duduk lokap SPRM 2 malam, tak kecoh pun macam dia
- Ebit Lew padam gambar Super Ring selepas teruk dikecam penyokong DAP-PH
- DAP minta derma ikat jamin Guan Eng walaupun akaun, aset tidak dibekukan
Join our Telegram Channel