Harussani stabil, dipantau doktor



MUFTI Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sudah berada keadaan sedar, namun masih dalam pemantauan pihak hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, Harussani mengalami serangan angin ahmar di bahagian kanan badan.


"Alhamdulillah, setakat ini Mufti Perak (Harussani) sedar cuma tidak boleh bercakap. Beliau diserang angin ahmar sebelah kanan kerana berlaku pendarahan di kepala.

"Beliau masih dalam pemantauan dan rawatan rapi daripada doktor di sebuah hospital swasta. Beliau memerlukan rehat dan kita tunggu perkembangan selanjutnya," katanya ketika ditemui selepas Ceramah Muafakat Nasional di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River, malam ini.


Menurutnya, kejadian berlaku di rumah ketika Harussani bangun subuh, semalam dan merasa tidak selesa sebelum terus dikejarkan ke hospital.

"Keadaan beliau macam sebelum ini, duduk di kerusi roda. Saya harap semua rakyat dapat mendoakan kesihatan mufti kita," katanya. – Hmetro

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram