
CYBERJAYA- Jemputan kepada Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyertai ikatan politik Muafakat Nasional (MN) diputuskan oleh Mesyuarat yang dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Haji Hasan dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beliau dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani jemputan tersebut berdasarkan kepada keputusan mesyuarat berkenaan.
Zahid mendedahkan perkara tersebut melalui ciapan Twitter beliau semalam bagi membetulkan salah tanggapan bahawa jemputan tersebut dibuat secara melulu.
Sejak semalam terdapat ketidakpuasan hati penyokong UMNO mengenai bocornya berita Bersatu dan PAS telah menubuhkan Perikatan Nasional secara sulit.
Perkara ini kemudiannya berlarutan apabila tersebar surat jemputan MN kepada Bersatu untuk menyertai ikatan mereka.
Pendedahan Zahid turut diperakui oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa semasa ‘retweet’ ciapan twitter Ahmad Zahid.
Menurut Annuar Musa, perbincangan mesyuarat Jawatankuasa MN pada 6 Ogos 2020 kemudiannya dibawa kepada Biro Politik UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Ogos.
“Surat dihantar kepada Bersatu pada 13 Ogos 2020 bertandatangan Presiden UMNO dan PAS. Pada 18 Ogos 2020, MN menerima jawapan bersetuju untuk menyertai MN daripada Presiden Bersatu.
Kenyataan Annuar ini turut disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melalui akaun twitternya semalam.
Penjelasan ini dipercayai dibuat setelah UMNO mendapat maklum balas yang salah mengenai kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan beberapa hari lalu yang menyatakan akar umbi UMNO tidak berpuas hati mengenai kemasukan Bersatu ke dalam MN.
Kenyataan Mohamad Hasan mengenai situasi ketidakpuasan hati akar umbi tersebut telah disalah tafsir bahawa jemputan dibuat tanpa pengetahuan beliau dan Majlis Tertinggi UMNO. – SuaraTV

Mesyuarat MN yang pengerusikan bersama DSU Mohamad Hassan (Tim Presiden UMNO) dan DS Tuan Ibrahim Tuan Man (Tim Presiden PAS) telah memutuskan untuk menjemput PPBM menyertai MN. Saya dan Presiden PAS tandatangan surat jemputan kpd PPBM berdasar kpd keputusan mesyuarat berkenaan. pic.twitter.com/87JNsXhQ0h— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) August 20, 2020
Saya sahkan Presiden #UMNO DS @DrZahidHamidi telah maklumkan pd 7/8/20 dlm Mesy Biro Politik & Mesy MKT ttg hasrat #Bersatu ingin bersama dlm #MN— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) August 20, 2020
Ini setelah Mesy MN dipengerusi 2 Timb Presiden pd 6/8/20 setuju agar 2 Presiden UMNO/PAS hantar surat jemputan kpd Presiden Bersatu pic.twitter.com/GWsWFLR7VX
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERKINI: Muhyiddin, MP PN buat perjumpaan tertutup, butir perbincangan dirahsiakan
- TERKINI: UMNO tak join PN tapi Muhyiddin, PPBM yang nak join MN – Zahid
- Annuar: Pelawaan rasmi kepada Bersatu join MN
- PAS komited bersama Umno dalam MN, pertahan PN
- TERKINI: PN, MN setuju Muhyiddin calon PM PRU15 – Hadi
- Majlis Tertinggi Bersatu setuju sertai Muafakat Nasional
- PAS masuk Perikatan Nasional, kata Takiyuddin
- BN tidak campur urusan Pas join PN – Zahid
- Asyraf: UMNO-BN dan PAS-PN kekal kerjasama hadapi DAP- PH pada PRU15
- Tinggalkan Umno, BN, dekati PH, bukan ‘hijrah yang baik’, kata Najib
- Umno boleh menang lebih 80 kerusi jika PRU sekarang, kata kajian
- Komen Najib Pas masuk Perikatan Nasional
- MIC, GPS juga masuk Perikatan Nasional – Sumber
Join our Telegram Channel