Seramai 16 daripada 23 ahli jawatankuasa (AJK) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Alor Setar mengumumkan peletakan jawatan masing-masing dan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu dinyatakan Ketua Bahagiannya, Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat yang turut meletak jawatan pada sidang media di Alor Setar hari ini.
Beliau mendakwa 17 daripada 22 ketua cawangan parti itu daripada Bersatu Bahagian Alor Setar mengambil keputusan yang sama.
Mohamad Nuhairi juga mendakwa lebih 900 ahli parti di Bahagian Alor Setar telah menghantar surat untuk keluar parti setakat malam ini.
"Meskipun ada 3,000 ahli (di Bahagian Alor Setar) tetapi hanya sebahagian sahaja yang aktif… selepas ini, akan ada lagi yang keluar parti.
“Setakat malam ini, yang kami dah terima surat mereka nak keluar parti ini lebih 900 ahli," katanya. – Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Dr M umum parti baru
- Adun Jeram, Ahli Majlis Tertinggi PPBM umum keluar parti
- Kadir Jasin umum keluar Bersatu
- Bersatu Klang bubar, ketua bahagian join parti baru Dr M
- Parti Dr M tiada hala tuju – Faizal Azumu
- Bersatu Langkawi bubar, 22 AJK letak jawatan
- Syed Saddiq tolak parti Dr M, bakal tubuh parti baru?
- 8 cawangan PPBM di Hulu Langat bubar, 450 ahli keluar parti
- Pemimpin Bhg Bersatu Shah Alam pula umum keluar parti
Join our Telegram Channel