Mesyuarat Bersatu Melaka kecoh apabila nama Muhyiddin disebut


Please subscribe

Persidangan PPBM di melaka bertukar kecoh sebaik sahaja nama Tan Sri Muhyiddin Yassin disebut oleh pengerusi majlis.

Ramai bangun terus dan keluar dewan sambil menjerit “sudahlah penipu…” merujuk kepada Muhyiddin.



Difahamkan berlaku sedikit pergelutan membabitkan sekumpulan hadirin yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti.

Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mengekalkan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi penggal 2019-2022.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti, Tan Sri Syed Hamid Albar turut mengumumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Timbalan Presiden Bersatu.



Kedua-dua mereka adalah calon tunggal yang bertanding bagi jawatan berkenaan untuk penggal ini, manakala jawatan bagi pengerusi parti tidak ditandingi oleh mana-mana individu.

Bersatu kini dilihat bergolak dengan ramai ahli yang keluar meninggalkan parti sejak pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad tentang penubuhan parti baru Pejuang.

Hampir setiap hari di setiap negeri ada kumpulan-kumpulan yang masih kekal menyokong Mahathir membuat tindakan meninggalkan parti. – Cinca


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram