
TANJUNG MALIM: MIC tidak berniat menghianati rakan-rakan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO apabila mendaftar dengan Perikatan Nasional (PN).
Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, berkata sebaliknya apa yang berlaku ialah wujud kekeliruan sehingga mendorong MIC membuat keputusan itu.
"Berdasarkan gambaran awal, terdapat tanggapan bahawa UMNO dan BN akan menyertai PN selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Julai lepas.
"(Jadi) selepas kita memberi surat (sertai PN) setengah bulan baru abang kita UMNO memberitahu bahawa mereka tidak akan menyertai PN.
"Saya telah memberitahu kepada kepimpinan Barisan Nasional dan juga dalam mesyuarat Barisan Nasional yang lalu (iaitu) pada 11 Ogos apa yang telah berlaku. Mereka telah menerima alasan kita," katanya.
Beliau ditemui ketika meninjau Program Mesra Rakyat Wanita MIC di Dewan Kampung Hendra Baru, Sungkai di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau memberi jaminan bahawa pendirian MIC untuk terus bersama-sama BN tidak akan berubah.
Malah, katanya, selain PN, MIC juga telah menghantar surat untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).
Vigneswaran berkata, setakat ini belum ada sebarang permintaan daripada mana-mana pihak supaya MIC keluar daripada PN.
Pada Ahad, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan MIC telah mendaftar dengan PN bersama-sama bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). – Astro Awani
ARTIKEL BERKAITAN:
- PAS masuk Perikatan Nasional, kata Takiyuddin
- BN tidak campur urusan Pas join PN – Zahid
- Asyraf: UMNO-BN dan PAS-PN kekal kerjasama hadapi DAP- PH pada PRU15
- Tinggalkan Umno, BN, dekati PH, bukan ‘hijrah yang baik’, kata Najib
- Umno boleh menang lebih 80 kerusi jika PRU sekarang, kata kajian
- Komen Najib Pas masuk Perikatan Nasional
- MIC, GPS juga masuk Perikatan Nasional – Sumber
- Kumpulan Azmin sah masuk PPBM
- Bersatu kini terima keahlian bukan Melayu
- Bersatu pertimbang lantik Azmin naib presiden parti
- Zahid sahkan MIC join PN
Join our Telegram Channel