KUTIPAN derma ‘Solidariti bersama Lim Guan Eng’ yang dilancarkan pada 8 Ogos yang lepas kini mencecah hampir RM4 juta.
Menurut Facebook rasmi DAP, sumbangan yang diterima bekas ketua menteri Pulau Pinang itu setakat pukul 12 tengah malam tadi berjumlah RM3,947,000
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, dana untuk menanggung kos bayaran ikat jamin Lim Guan Eng untuk ketiga-tiga pertuduhan terhadap beliau minggu lepas.
“Respons yang ditunjukkan ini telah melangkaui semua jangkaan.
“Perkara ini menunjukkan yang rakyat amat marah terhadap penganiayaan politik daripada mereka yang berkuasa terhadap Lim Guan Eng sedangkan kes tersebut tidak mempunyai sebarang merit,” kata Tony Pua.
Guan Eng berhadapan tiga pertuduhan melibatkan rasuah dan dikenakan jaminan lebih RM1 juta.
Pada 7 April dia didakwa secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu, balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.
Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.
Pada 10 April, dia dituduh menggunakan kedudukannya untuk wang suapan berjumlah RM3.3 juta bagi membantu sebuah syarikat untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Pada 11 April Guan Eng didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), telah menggunakan kedudukan untuk suapan, iaitu wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya, Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.
Isteri Guan Eng, Betty Chew juga turut dituduh atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM372,009 daripada sebuah syarikat ke akaun bank miliknya.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan, wanita itu didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, dengan menerima wang masing-masing berjumlah RM87,009; RM180,000 dan RM105,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd yang telah dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Berhad miliknya. – SM
ARTIKEL BERKAITAN:
- Guan Eng dipanggil ke SPRM, keluar selepas 6 jam
- Guan Eng ke SPRM sambung keterangan penyelewengan projek terowong dasar laut
- Menteri: SPRM boleh buka semula kes rasuah banglo Guan Eng jika ada bukti baru
- Guan Eng tak boleh didakwa semula atas kesalahan sama, kata pemimpin DAP
- Skandal Terowong: Guan Eng bakal ditahan SPRM petang ini?
- TERKINI: Guan Eng ditahan SPRM sebentar tadi
- SPRM: Guan Eng sah ditahan, akan didakwa di mahkamah esok
- Najib kantoikan penipuan Tony Pua konon projek terowong Guan Eng tak pernah bayar sesen
- Tindakan menahan bapa menjijikkan, kata anak Guan Eng
- Guan Eng tiba di mahkamah, berdepan tuduhan rasuah
- Guan Eng mengaku tak bersalah, ikat jamin RM1 juta
- Isteri Guan Eng dan Phang Li Koon ditahan SPRM
- Mana suapan wang ringgit, mana akaunnya? – Guan Eng
- Hati Guan Eng sangat pedih, pilu isteri ditahan SPRM
- Najib: Spesial sangat ke Guan Eng ni, saya pun duduk lokap SPRM 2 malam, tak kecoh pun macam dia
- Ebit Lew padam gambar Super Ring selepas teruk dikecam penyokong DAP-PH
- DAP minta derma ikat jamin Guan Eng walaupun akaun, aset tidak dibekukan
- Guan Eng tiba di mahkamah bersama kesemua ahli keluarganya
- Guan Eng mengaku tak salah terima rasuah RM3.3 juta
- Guan Eng, isteri, ahli perniagaan didakwa di mahkamah
- Isteri Guan Eng menangis selepas dituduh di mahkamah
- Bukan rasuah, RM372k tu yuran guaman untuk isteri – Guan Eng
- Siasat Guan Eng, Tony Pua, Tommy Thomas dari A-Z, baru adil – Puad Zarkashi
- Guan Eng akui gagal sebagai suami, pasrah jika dipenjara
Join our Telegram Channel