Yuran universiti awam dikurang sehingga 15 peratus



YURAN asrama dan yuran perkhidmatan universiti awam akan dikurangkan sehingga 15 peratus bagi membantu meringankan beban akibat kesan wabak Covid-19.

Keputusan tersebut bakal memberi manfaat kepada 533,318 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara.


Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Mansor Othman, keputusan untuk mengurangkan yuran terbabit hasil rundingan antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Mansor menjawab soalan Datuk Azizah Mohd Dun (BN-Beaufort) di Dewan Rakyat yang ingin mengetahui status yuran pengajian semester IPT bagi penuntut IPTA dan IPT swasta (IPTS)
Menurutnya, keputusan berkenaan melibatkan peruntukan kerajaan sekitar RM72 juta.

“KPT tetap prihatin terhadap maklum balas daripada pelajar, ibu bapa, serta pihak berkepentingan supaya yuran universiti awam dapat dikurangkan dalam usaha membantu meringankan beban pelajar dan ibu bapa akibat wabak Covid-19.


“KPT sudah mengadakan rundingan dengan MOF, untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Hasil daripada rundingan itu, kerajaan setuju kurangkan yuran asrama, yuran perkhidmatan dan kos aktiviti universiti awam sehingga 15 peratus setelah mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan,” kata Mansor. – SM



Join our Telegram Channel
Telegram