
KUALA LUMPUR: Spekulasi Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai majoriti kerusi
mula bertiup kencang apabila beliau dijadual mengadakan sidang media khas
tengah hari ini.
Beberapa media memetik sumber sebagai berkata Ahli Parlimen Port Dickson itu
akan membuat satu pengumuman penting, dipercayai mengenai jumlah sokongan yang
diperlukan untuk mengambil alih kedudukan sebagai perdana menteri.
Sebuah portal turut melaporkan Anwar sudah mencapai kata sepakat dengan 20
wakil rakyat dari Perikatan Nasional untuk beroleh majoriti sokongan daripada
keseluruhan 222 kerusi Dewan Rakyat.
Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
dilihat mempunyai jumlah majoriti yang tipis apabila usul menggugurkan Speaker
Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Arif Md Yusoff hanya disokong 111 berbanding 109.
Untuk rekod, Ahli Parlimen Kota Marudu dari Parti Bersatu Sabah Datuk Seri
Maximus Ongkili tidak hadir ketika usul dibentangkan pada 13 Julai itu.
Tonton sidang media oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di LIVE TV dan Facebook
Astro AWANI mulai jam 12 tengah hari ini. – Astro Awani
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe