TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'



Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman itu di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur hari ini.


Menjawap soalam wartawan, beliau berkata majoriti yang diperolehi adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

“Bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” katanya sambil menambah ahli parlimen yang menyokongnya terdiri daripada pelbagai parti.


Anwar juga memberi jaminan bahawa dia ada dokumen tetap yang tidak boleh diragui bagi membuktikan bahawa diakini mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Diasak wartwan untuk maklumat lanjut, Anwar berkata, butiran akan hanya diberikan selepas dia mengadap Yang di-Pertuan Agong yang sekarang berada di Institut Jantung Negara. – Mkini

[Berita penuh menyusul]




Please subscribe


Join our Telegram Channel
Telegram