
TUARAN: Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Mohamed Azmin Ali berkata, Ketua PPBM Sabah, Hajiji Noor harus diberi peluang sebagai ketua menteri jika parti itu dan gabungannya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Katanya, Hajiji wajar diberi peluang untuk memimpin Sabah kerana beliau seorang calon ketua menteri yang kuat dan bersih.
“Perkara ini telah diumumkan secara terbuka oleh perdana menteri (Muhyiddin Yassin), bagi pihak PN, Hajiji adalah calon yang layak untuk menjamin masa depan rakyat dan negeri Sabah, mereka (rakyat) perlu tahu perkara ini (calon ketua menteri),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis bersama rakyat anjuran PN di Kampung Bolong Baru hari ini.
Terdahulu, dalam ucapannya Azmin berkata rakyat Sabah memerlukan seorang tokoh sebagai ketua menteri dan Hajiji adalah orangnya.
“Saya mengalu-alukan beliau (Hajiji) diangkat sebagai ketua menteri, bukan pandangan saya seorang tetapi beliau memiliki keperibadian, watak, khidmat, ilmu dan rakyat Sabah memerlukan tokoh sebagai ketua menteri, tidak lain dan tidak bukan Hajiji,” katanya.
Dalam pada itu, Azmin meminta Shafie Apdal berhenti memainkan sentimen anti Semenanjung kerana ia hanya akan mengganggu-gugat keharmonian di negara ini.
“Shafie sampai sekarang berkata ‘Sabah for Sabahan’, siapa kamu? Sabah juga sebahagian daripada Semenanjung dan saya juga bertanggungjawab untuk mendengar suara orang Sabah, kalau tidak dapat (dengan suara rakyat Sabah), serahkan kepada Hajiji.
“Mahu harap kerajaan negeri sendirian tidak boleh, mahu harap pelabur luar kalau tengok Shafie jadi ketua menteri semua lari, Semporna pun belum sempurna kononnya dia ketua menteri.
“Nama (parti) Warisan tetapi tidak dapat meninggalkan 1 warisan yang baik untuk Sabah, kenapa tidak bekerjasama (dengan kerajaan persekutuan)? kalau tiada Sabah dan Sarawak maka tiadalah Malaysia,” katanya.
Anti Semenanjung
Sementara itu, ketika diminta mengulas insiden beliau dihalau oleh penyokong Warisan ketika di Membakut Azmin berkata, ia salah 1 contoh parti yang dipimpin Shafie memainkan sentimen anti Semenanjung sehingga menggugat keharmonian.
“Saya cuba untuk meraih penyokong Warisan tetapi ada seorang pemuda yang memainkan sentimen anti Semenanjung, tetapi saya respons dengan senyuman dan tidak mahu menimbulkan provokasi malah ada antara mereka yang datang memohon maaf kepada saya.
“Saya terima baik, cuma saya berharap Shafie Apdal tidak mengapi-apikan sentimen yang boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat dalam pilihan raya ini kerana ini adalah sebahagian daripada demokrasi tetapi kita tidak boleh menggunakan pentas ini untuk membakar isu yang boleh memecahkan persekutuan dengan Sabah,” katanya. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Shafie Sabah pasti tumbang kata MP Kimanis
- TERKINI: Kerajaan Warisan Sabah tumbang
- PKR akan ambil tindakan ke atas Adun sokong Musa Aman
- Polis adakan sekatan di laluan pintu masuk utama Istana Negeri malam ini susulan tumbangnya kerajaan Warisan Sabah
- Shafie menghadap YDP Sabah malam tadi, sidang media 10 pagi hari ini
- Shafie mengadap YDP sekali lagi pagi ini
- TERKINI: Musa Aman tiba Istana Negeri dijangka angkat sumpah
- TERKINI: Shafie umum bubar DUN Sabah
- Kali kedua saya dianiaya, kata Musa Aman
- Musa dihalang masuk laluan Istana Negeri
- Selepas sejam Musa masih dihalang masuk laluan Istana Negeri
- DUN Sabah rasmi bubar hari ini
- Sokong Musa, PKR pecat ADUN Inanam
- Bersatu mahu tanding 45 dari 73 kerusi di PRN Sabah
- UMNO Sabah kekal bertanding 32 kerusi terdahulu, 13 kerusi baharu
- TYT Sabah didakwa terima rasuah untuk bubar DUN
- Musa, 32 Adun cabar pembubaran DUN Sabah
- Mahkamah putus jawatan Shafie, kerajaan Sabah Haram
- TERKINI: Musa Aman tiada dalam senarai calon BN – Bung
- PRN Sabah: DAP tak berani guna logo sendiri
- TERKINI: Rahman pun tiada dalam senarai 31 calon Bung
- BN tak beri kerusi pada Musa Aman sebab dia tak minta
- PRN Sabah: Bekas wakil rakyat Umno lompat tidak tercalon
- Parti Anifah bertanding 70 daripada 73 kerusi
- Pemimpin PKR tinggalkan dewan ketika Shafie umum calon
- Nik Abduh: PAS akui gagal capai kata sepakat dengan komponen PN di Sabah, semoga menang dan berjaya buat Umno Sabah
- Bekas ketua hakim negara Richard Malanjum sokong Warisan PRN Sabah
- Musa bakal jadi TYT Sabah baharu ganti Tun Juhar
- Adik TYT Sabah calon Warisan di DUN Sungai Sibuga
- Calon Warisan genius, diploma, ijazah, master hanya setahun
- Netizen dedah Shafie Apdal miliki ijazah palsu
- Rafizi tak jadi bersara muncul di PRN Sabah
Join our Telegram Channel