Bekalan air di Lembah Klang pulih sepenuhnya 9 Sept, bertabahlah..



PETALING JAYA: Bekalan air mula disalurkan kepada pengguna bermula jam 12 tengah hari hari ini melibatkan 4 wilayah, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Dalam kenyataan terkini, Air Selangor menjangka lebih 50% kawasan terjejas akan kembali pulih dalam tempoh 2 hari bemula hari ini sehingga 7 September.

Ia melibatkan kawasan Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor.

“Usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas.



“Air Selangor menjangkakan bekalan air akan pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, 9 September 2020,” katanya.

Air Selangor meminta kerjasama pelanggan yang menerima bekalan agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.

“Pengguna boleh mendapatkan bekalan air melalui pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi 24 jam untuk kemudahan pengguna yang memerlukan bekalan air semasa tempoh pemulihan bekalan air.

“Air Selangor menasihatkan pengguna supaya mematuhi garis panduan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) semasa mengambil bekalan air di Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan pili air awam.



“Pengguna yang datang untuk mengambil air digalakkan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial 1 meter ketika beratur,”katanya

Katanya, Air Selangor akan mengemas kini maklumat pemulihan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang di www.airselangor.com.

Pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.

Empat loji rawatan air (LRA) yang ditutup kerana pencemaran beoperasi semula secara berperingkat pada 10.30 malam tadi.

Air Selangor dalam kenyataan mengumumkan aktiviti pencucian dan pengepaman dijalankan di LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3, dan Rantau Panjang bagi mengisi kolam imbangan. – FMT

ARTIKERL BERKAITAN:


















Join our Telegram Channel
Telegram