
IPOH: DAP memecat lapan ahlinya di Perak berkuat kuasa serta merta kerana hadir pada sidang akhbar pengumuman kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A. Sivasubramaniam ke dalam parti Gerakan, 26 Jun lalu.
Pengerusi Jawatakankusa Disiplin DAP Kebangsaan, Chong Chien Jen berkata, keputusan itu dibuat selepas kelapan-lapan mereka gagal memberi alasan munasabah terhadap tindakan mereka hadir pada majlis itu.
Katanya, keputusan itu dilakukan dalam mesyuarat jawatankuasa itu yang diadakan semalam.
“Surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada kesemua lapan ahli-ahli tersebut tetapi mereka telah gagal memberi sebab kenapa tindakan disiplin tidak harus diambil terhadap mereka.
“Selepas mempertimbangkan kes-kes tersebut, Jawatankuasa Disiplin memutuskan keahlian mereka dalam parti ditamatkan dengan serta merta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Chien Jen sekali lagi menegaskan bahawa jawatan kuasa itu tidak akan teragak-teragak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli yang mengkhianati perjuangan parti.
Katanya, tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana ahli yang menerima jawatan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau masih bersama-sama atau membantu wakil rakyat yang telah mengkhianati perjuangan parti itu.
Katanya, lapan ahli DAP yang dipecat itu ialah D. V. Dan Adriel, J. P. Angeline Phillip, P. Murugiah, K. P. J. Joseph Hendry, Amir Abdullah, R. Marimutu, S. Theivanai dan J. B. William John. – Utusan
ARTIKEL BERKAITAN:
- Pemimpin PKR Kalabakan dakwa 2,000 ahli cabang keluar parti
- Kepimpinan PKR Sabah umum keluar parti
- Dua ADUN UPKO keluar parti, jadi ADUN Bebas sokong PN
- 50 pemimpin wanita PKR Johor umum keluar parti
- 25 AJK PKR Saratok umum keluar parti, hilang kepercayaan kepada Anwar
- Ramai ahli PKR Melaka umum keluar parti hujung minggu ini
- 600 ahli WARISAN keluar parti
- Afif sah sertai Bersatu tinggalkan PKR
- 4 cawangan Warisan keluar parti, 500 bakal menyusul
- Lebih 1,000 ahli Warisan di Libaran umum keluar parti
- PKR Jelebu hampir lumpuh, 40 ahli keluar parti hilang kepercayaan terhadap Anwar
- 500 Penyokong Warisan Sabah Sertai Parti STAR
- Ketua cawangan Serian keluar DAP
- Cabang PKR Ampang bubar, 250 ahli keluar parti
- Lagi ahli Warisan di Libaran keluar parti, sokong PM
- Amanah Labuan bubar, seluruh jentera parti letak jawatan
- TERKINI: ADUN Rahang N9 keluar DAP
- AMK Cabang PD lumpuh, 100 ahli keluar parti
- Seorang lagi pemimpin DAP Sarawak keluar parti
- Ketua PKR Jempol, 25 AJK isytihar keluar parti, 400 bakal menyusul
- Labuan: 100 keluar PAN masuk Bersatu
- Amanah pecat Adun Sabak
Join our Telegram Channel