Selepas lebih 2 minggu berada di kampung halaman, Rayhan Kabir, warga
BangIadesh yang diusir keluar dari Malaysia.
Dia kini meluahkan perasaan kepada media di negara kelahirannya itu.
Dalam wawancara bersama Dhaka Tribune itu, Rayhan berkata dia mempunyai
segalanya sebelum ini.
Namun semuanya ‘hilang’ selepas muncul dalam dokumentari ‘Locked Up In
Malaysia Lockdown’ terbitan media antarabangsa, Al Jazeera.
“Saya punyai segalanya, rumah yang cantik, kereta, pekerjaan yang bagus dan
kewangan yang stabil.
Namun semuanya berakhir selepas saya muncul dalam dokumentari itu,” katanya.
Langsung tidak dihubungi wakil Al Jazeera
Rayhan juga menjelaskan, sejak ditangkap sehingga dihantar pulang tiada
langsung wakil Al Jazeera yang menghubunginya.
Ketika ditemuramah media terbabit Rayhan mendakwa kononnya tidak menyangka
bercakap tentang ‘kebenaran’ akan mendatangkan musibah kepada dirinya.
“Saya nekad tidak memakai penutup muka kerana bercakap tentang sesuatu yang
benar.
Bercakap mewakili masyarakat bukanlah perkara asing dalam hidup saya kerana
pernah berbuat demikian beberapa kali sebelum ini,” katanya.
“Rakyat Malaysia melayan anda melebihi dari anak sendiri. Terima lah sedikit
kifarah. Berbakti kpd ibu dan ayah di kampung halaman sendiri” – Netizen
Mahu belajar bidang undang-undang pendatang asing
Dalam pada itu, Rayhan berkata ia menjadikan pengalaman tersebut sebagai
pengajaran dan mahu meneruskan pelajaran dalam bidang Undang-Undang Pendatang
Asing (Migration Law).
Katanya lagi, dia membuat keputusan nekad tersebut demi memperjuangkan hak
pekerja migran.
Terdahulu bekas pekerja imigran di Malaysia ini telah dihantar pulang ke
kampung halamannya BangIadesh pada 22 Ogos lalu tanpa sebarang dakwaan oleh
kerajaan Malaysia
Rayhan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dhaka dan disambut oleh bapanya
dengan air mata kegembiraan.
Akhbar BangIadesh, The Daily Star melaporkan bahawa ayah Rayhan, Shah AlIam,
berada di lapangan terbang untuk menunggu anaknya.
“Kami dengan sabar menunggu anak kami pulang kepada kami. Dia ada di sini
sekarang.
Kami ada peluang untuk menyambut hari lebaran bersama-sama nanti” kata Shah.
Sementara itu Rayhan turut meluahkan rasa gembiranya dapat berjumpa kedua
orang tuanya.
Ini setelah sekian lama mencari rezeki di bumi Malaysia.
“Bangladesh saya, tanah air saya, ibu saya, ibu bapa saya…
Saya tidak dapat menjelaskan perasaan ini kepada siapa pun.
Saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang berada di sisi, ketika
saya di dalam dan luar negara,” kata Rayhan
Terdahulu Rayhan yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia atas ucapannya
yang dibuat dalam dokumentari 101 Timur Al Jazeera “Locked Up in Malaysia’s
Lockdown”.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud sebelum itu berkata Rayhan
diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk
selama-lamanya.
“Kerana mulut badan binasa… Klau kt Malaysia boleh hidup senang, tak kan kt
Negara sendiri tak boleh nak hidup senang.
Mula jela drp bawah susah apa… Salah sendiri, jgn duk tuju tgn kt org lain!
“Tak reti bersyukur padan la muka dok Malaysia senang tapi burukkan negara
bagus la Tak boleh Mai dah semak ja” – Netizen
Rayhan minta maaf
Terdahulu, Menurut peguam yang mewakili Md Rayhan, C.R.Selva, permohonan maaf
itu disampaikan Md Rayhan kepadanya.
“Semasa sesi pertemuan sebelum ini, Rayhan meminta saya untuk menyampaikan
permohonan maaf beliau kepada semua rakyat Malaysia dan anggota
pengkuatkuasa,” katanya ketika ditemui media selepas pertemuan tersebut.
Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai, selepas Jabatan
Imigresen memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul
dalam dokumentari Al Jazeera.
Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak
berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin.
Ini ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi
membanteras penularan koronavirus (Covid-19).
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud pada 25 Julai dilaporkan
berkata, lelaki itu akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki
Malaysia untuk selama-lamanya.
Selva berkata, anak guamnya menyatakan bahawa kenyataannya dibuat berdasarkan
apa yang dilihat iaitu ketika melihat rakannya ditahan dengan tangan bergari
dan diarahkan untuk masuk ke dalam lori penguatkuasa Jabatan Imigresen.
“Beliau tidak dapat menerima apa yang dilihatnya itu.
Dan itu merupakan pandangan peribadi beliau namun beliau tidak berniat untuk
menuduh pihak berkuasa,” katanya.
Dokumentari Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi
25 minit 50 saat yang mendakwa terdapat isu perkauman dalam mengendalikan
Covid-19 di Malaysia.
Selva berkata, Md Rayhan juga telah menerima arahan pengusiran keluar dari
negara ini susulan tindakannya itu.
“Beliau menerima keputusan pihak berkuasa untuk menghantarnya pulang dan
beliau juga tidak sabar untuk berjumpa semula dengan keluarganya,” katanya.
Dia juga akan ambil dan menambah kebajikan anak guamnya itu terpelihara dengan
baik sepanjang ditahan Jabatan Imigresen.
Selva bagaimanapun berkata, pihaknya masih belum menerima tarikh pengusiran Md
Rayhan dan akan terus berhubung dengan Jabatan Imigresen untuk perkembangan
kes itu.
Sementara itu seorang lagi peguam Md Rayhan, S.K.Sumitha berkata polis dari
Ibu pejabat Bukit Aman menemuinya di Jabatan Imigresen sejurus selepas
pertemuannya dengan Md Rayhan hari ini.
Menurut Sumitha, polis Bukit Aman turut mengambil keterangan beliau di bawah
Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah kerana beliau juga muncul di dalam
dokumentari itu. – TambahKeju
ARTIKEL BERKAITAN:
- Media Qatar Al Jazeera fitnah Malaysia rasis terhadap warga asing semasa tangani Covid-19
- Pekerja asing gaji rendah di Qatar rayu minta makan
- Ismail: Media Qatar Al Jazeera bohong, perlu mohon maaf
- Warga asing buruk imej Malaysia akan diusir serta-merta – Imigresen
- Polis mula siasatan terhadap laporan Al-Jazeera
- Imigresen buru Rayhan Kabir disyaki bersembunyi
- Sengaja saya tak komen pasal Al Jazeera supaya rakyat Malaysia boleh nilai sendiri apa hubungan mereka dengan PH – Najib
- Polis siasat Al Jazeera di bawah Akta Hasutan dan 2 akta lain
- PKR pertahan tindakan Al Jazeera, kecam tekanan kerajaan-rakyat
- Pengacara gelar Al Jazeera Al Jahiliyah dikenakan tindakan – Menteri
- Hos BernamaTV ingatkan menteri janji kebebasan bersuara
- 6 kakitangan Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman
- Rayhan Kabir sembunyi – Polis
- Akhirnya Rayhan Kabir berjaya dicekup
- Rayhan Kabir akan diusir dari Malaysia selama-lamanya – Imigresen
- Rayhan Kabir dihalau pulang malam ini
Join our Telegram Channel