
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng dijangka menghadapi dua lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Butterworth pada hari Isnin minggu depan berhubung projek terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion, menurut satu sumber.
Sumber itu, yang enggan dinamakan memberitahu Malaysiakini petang ini bekas ketua menteri Pulau Pinang itu akan didakwa atas dua tuduhan pecah amanah dikatakan berkait hartanah projek terowong bawah laut Pulau Pinang.
"Dia (Lim) akan didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah hartanah," kata sumber itu.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim telah didakwa di beberapa mahkamah atas beberapa pertuduhan rasuah.
Pada 7 dan 10 Ogos di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Butterworth, Lim didakwa atas pertuduhan berkaitan projek terowong bawah laut.
Pada 11 Ogos di Mahkamah Sesyen Butterworth, Lim dan ahli perniagaan Phang Li Koon telah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan rasuah.
Sementara itu, isteri Lim, Betty Chew pula didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
- Guan Eng dipanggil ke SPRM, keluar selepas 6 jam
- Guan Eng ke SPRM sambung keterangan penyelewengan projek terowong dasar laut
- Menteri: SPRM boleh buka semula kes rasuah banglo Guan Eng jika ada bukti baru
- Guan Eng tak boleh didakwa semula atas kesalahan sama, kata pemimpin DAP
- Skandal Terowong: Guan Eng bakal ditahan SPRM petang ini?
- TERKINI: Guan Eng ditahan SPRM sebentar tadi
- SPRM: Guan Eng sah ditahan, akan didakwa di mahkamah esok
- Najib kantoikan penipuan Tony Pua konon projek terowong Guan Eng tak pernah bayar sesen
- Tindakan menahan bapa menjijikkan, kata anak Guan Eng
- Guan Eng tiba di mahkamah, berdepan tuduhan rasuah
- Guan Eng mengaku tak bersalah, ikat jamin RM1 juta
- Isteri Guan Eng dan Phang Li Koon ditahan SPRM
- Mana suapan wang ringgit, mana akaunnya? – Guan Eng
- Hati Guan Eng sangat pedih, pilu isteri ditahan SPRM
- Najib: Spesial sangat ke Guan Eng ni, saya pun duduk lokap SPRM 2 malam, tak kecoh pun macam dia
- Ebit Lew padam gambar Super Ring selepas teruk dikecam penyokong DAP-PH
- DAP minta derma ikat jamin Guan Eng walaupun akaun, aset tidak dibekukan
- Guan Eng tiba di mahkamah bersama kesemua ahli keluarganya
- Guan Eng mengaku tak salah terima rasuah RM3.3 juta
- Guan Eng, isteri, ahli perniagaan didakwa di mahkamah
- Isteri Guan Eng menangis selepas dituduh di mahkamah
- Bukan rasuah, RM372k tu yuran guaman untuk isteri – Guan Eng
- Siasat Guan Eng, Tony Pua, Tommy Thomas dari A-Z, baru adil – Puad Zarkashi
- Guan Eng akui gagal sebagai suami, pasrah jika dipenjara
- Sumbangan wang jaminan Guan Eng hampir RM4 juta
Join our Telegram Channel