
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berharap terdapat ketua menteri baru Sabah daripada parti itu.
Bercakap di sesi Facebook Live BN menjelang hari mengundi pilihan raya negeri (PRN) Sabah, dia menggesa pengundi negeri itu supaya memberi peluang kepada kebanyakan muka baru calon BN untuk membuktikan diri.
Zahid turut memberikan jaminan bahawa calon yang menang pilihan raya itu akan dinilai dengan indeks prestasi utama (KPI) untuk memastikan mereka berkhidmat buat rakyat.
“Walaupun saya tak campur dalam soal pemilihan calon, tapi saya akan akan memantau ketua menteri baru yang insya-Allah dipilih antara Adun-Adun yang menang mewakili BN.
“Dan tentunya saya akan berikan khidmat yang terbaik kepada ketua menteri yang baru. Insya-Allah saya akan berikan khidmat nasihat yang terbaik bagi kepentingan rakyat Sabah,” katanya.
Dalam PRN Sabah ini, BN bertanding 41 kerusi.
Sebelum ini, BN dan PAS kelihatan berbeza pendapat mengenai calon ketua menteri Sabah sekiranya gabungan pembangkang negeri itu memenangi pilihan raya.
Malah, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin turut mencadangkan Ketua Bersatu Sabah Hajiji Md Nor bagi jawatan ketua menteri namun tidak dipersetujui Zahid.
Jelas Zahid, keputusan berhubung pemilihan ketua menteri akan dibuat wakil rakyat BN bersama sekutu politiknya selepas pilihan raya.
Sementara itu, Zahid tidak mengulas lanjut berhubung kenyataannya sebelum ini bahawa ada anggota parlimen BN atau Umno yang menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru.
Pegawainya juga mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa sesi dialog tersebut telah direkodkan terlebih awal namun disiarkan sebentar tadi.
Menurut, Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, Zahid kini menjalani perintah kuarantin susulan Covid-19.
Zahid juga telah membatalkan semua acara kempennya hari ini. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
- Zahid: Sudah-sudahlah label parti Malaya, parti Sabah, DAP-PKR tu bukan parti Malaya ke?
- Mohamaddin Ketapi hina tentera berperang dengan ayam, anjingl
- Kuda dicukur lambang Warisan keterlaluan, kejam
- Tentera terguris tolak dakwaan serang ayam, anjing dalam konflik Lahad Datu
- HINA TENTERA: Mohammadin Ketapi padam video selepas cabar rakyat Malaysia tengok video penuh
- MB Selangor beri RM10,000 kepada persatuan mahasiswa pulang mengundi
- PRN Sabah: Polis siasat Mohamaddin Ketapi
- Menteri KDN dedah Warisan cuba sogok polis
- TERDEDAH: Warisan bayar RM500 ribu untuk 5 orang cybertroopers dari semenanjung
- WARISAN hilang 90% undi tentera disebabkan mulut celupar Mohammadin Ketapi
- Shafie Apdal hina 3.05 juta anggota RELA hanya layak jaga trafik kenduri sahaja
- Warisan-PH tiada idea pulih Sabah, hanya modal video air mata, Najib saran masuk maharaja lawak
- Warisan-PH anjur pesta makan katak
- Shafie Apdal tak jadi beri tanah 5 ekar, berita palsu katanya
- KETIK UNTUK ARTIKEL BERKAITAN PRN SABAH
Join our Telegram Channel